Dar Al-Ifta Mesir haramkan Bitcoin

 

KAHERAH – Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Allam semalam mengeluarkan fatwa mengharamkan dagangan menggunakan Bitcoin kerana mata wang maya itu memberi banyak risiko kepada orang ramai, boleh menyebabkan penipuan atau pemalsuan nilainya.

“Bitcoin boleh membahayakan keselamatan sosial dan ekonomi negara. Bitcoin bukan yang pertama dalam pasaran pertukaran mata wang, tetapi terdapat banyak mata wang digital lain yang dikenali sebagai kripto.

“Bitcoin boleh menganggu gugat keselamatan negara dan sistem kewangan pusat,” katanya dalam fatwa yang dikeluarkan menerusi Dar Al-Ifta – badan tertinggi agama Mesir.

Bitcoin adalah salah satu mata wang perbankan maya atau mata wang digital, mula muncul pada 2009. Ia dicipta dan dipasarkan secara elektronik, dan tidak terdapat dalam bentuk fizikal. Bitcoin juga adalah aset spekulatif dan orang ramai yang melabur mata wang itu melakukannya dengan risiko sendiri.

Beliau menegaskan bahawa mata wang maya itu tidak disokong oleh aset yang ketara dan diterbitkan tanpa kawalan, serta tidak bergantung kepada mana-mana pihak berkuasa atau bank pusat.

“Ia tidak dikawal oleh mana-mana institusi kewangan kerana dagangannya menggunakan internet tanpa kawalan dan ini memberi risiko kepada orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, Arab Saudi turut mengharamkan mata wang maya itu.

 

 

Umat Islam dilarang terbabit dalam dagangan yang meragukan semata-mata untuk mendapat wang segera atau memperoleh keuntungan yang cepat. Bitcoin bukan satu daripada konsep kewangan Islam, katanya.

Bitcoin juga boleh dibeli dengan mata wang sebenar dan ditambah pelaburannya menggunakan perisian komputer tertentu serta penggunaan formula Matematik yang direka oleh pengasas Bitcoin – sehingga sekarang pengasas Bitcoin masih misteri.

Ringkasnya, seseorang menggunakan komputer atau komputer riba perlu memuat turun program dan melalui proses tertentu serta menyelesaikan beberapa formula.

Untuk melindungi sistem Bitcoin, hanya sejumlah tertentu Bitcoin boleh dikeluarkan. Mata wang kripto itu juga boleh digunakan untuk sebarang transaksi.

Hakikat bahawa hanya sejumlah tertentu Bitcoin yang berada di luar dan ianya boleh pula digunakan untuk sebarang transaksi, maka nilainya juga akan meningkat.

Bank Negara Malaysia pada 2014 lalu menyatakan Bitcoin tidak diiktiraf sebagai sah diperlakukan di Malaysia. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts