Di mana maruah umat Islam dan Arab?

GADIS kecil Palestin ini menangis setelah rejim penjajah Israel menyerang sebuah sekolah dengan gas pemedih mata di bandar Beitunia, Tebing Barat. (Sumber: Quds News Network)

Di mana umat Islam dan Arab yang mencecah bilion orang. Sumber kekayaan lebih dari mencukupi bahkan melimpah ruah. Kekuatan tentera semakin meningkat dengan peruntukan untuk pertahanan bertambah dari tahun ke tahun. Tapi malangnya semua hanya lakonan semata-mata.

Perbarisan kemegahan pasukan tentera semasa hari kebesaran negara-negara Arab dan Islam hanya perbarisan pentomen. Tiada sebarang bantahan dari hampir keseluruhan negara-negara Islam dan Arab dengan kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi di Palestin.

Jangan harapkan PBB dan agensi di bawahnya untuk membela umat Islam. Semua agensi antarabangsa ditubuh oleh Yahudi. Untuk membela seorang kanak-kanak di Palestin pun, umat ini pengecut dan dayus, apatah lagi untuk membebaskan Palestin dan tanah watan Islam. Pemimpin mereka lemah, umat pula pengecut. Umat Islam dan pemimpin mereka akan dihina oleh Barat dan Yahudi untuk selama-lamanya sehingga tanah Palestin dibebaskan dari penjajahan Yahudi.

Kemuliaan umat Islam akan tercapai bila tanah Palestin menjadi milik umat Islam. Begitu juga keamanan dunia tidak akan tercapai selagi mana Yahudi menguasai Palestin. Kemuncak keamanan dunia ialah apabila tanah Palestin jadi milik umat Islam. Kemuncak kejahatan dunia apabila Yahudi menguasai Palestin.

Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts