Didik anak istiqamah solat

SHAH ALAM – Ibu bapa mempunyai tanggungjawab besar mendidik anak-anak terutama dalam aspek solat yang menjadi perkara paling penting dalam kehidupan seharian.


Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut berkata, solat merupakan perkara utama dan tugas ibu bapa memastikan anak-anak mereka istiqamah melaksanakan perintah ALLAH SWT

“Apabila ibu bapa meninggal, zuriatnya nanti bagaimana keadaannya. Adakah masih menyembah ALLAH SWT atau sebaliknya. Ibu bapa hendaklah meninggalkan anak-anak dan keturunan yang taat, patuh dan tunduk kepada perintah ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.

“Perkara paling utama ialah memastikan anak-anak menghayati rukun iman dan rukun Islam terutama solat. Dalam al-Quran banyak kali ALLAH menerangkan mengenai solat.

“Seberapa banyak pun kita beramal ibadah, berkorban, membina masjid atau bersedekah tetapi ingat bahawa yang lain itu sia-sia sahaja apabila di akhirat kelak amalan pertama dikira oleh ALLAH SWT ialah solat lima waktu,” katanya yang menjadi penceramah jemputan dalam Program World #QuranConvention 2.0 Fatherless Homes dengan topik Ayah: Tiada Bagai Ada pada Ahad.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinerginya iaitu Islamic Tourism Center, Sinar Harian, TV Alhijrah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berlangsung selama dua hari bermula Sabtu menerusi platform Zoom dan Facebook Quran Hour serta Sinar Harian.

Mengulas lanjut, ibu bapa juga perlu mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah agar mereka akan dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia selain memberi sumbangan kepada agama dan negara.

“Inilah legasi yang perlu ditinggalkan oleh kedua ibu bapa. Ibu bapa itu sendiri perlu taat kepada kedua-dua orang tua mereka, maka anak-anak kamu akan membalas bakti kepada kamu walaupun telah meninggal dunia,” katanya. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts