Dosa yang dihapuskan

 

Sepertimana engkau memurkakan Tuhanmu, seperti itulah sepatutnya (bahkan lebih lagi) engkau mencari keampunan-Nya.

Dosa siang hari dihapuskan dengan berpuasa.

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu” – Hadis

Dosa malam hari dihapuskan dengan qiamullail.

“Barangsiapa yang mendirikan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosanya yang lalu” – Hadis

Sepertimana setiap amalan dibalas dengan setimpalnya (An-Najm, An-Naba’), dan pintu syurga bagi orang berpuasa adalah Ar-Rayyan bererti ‘kenyang air’ (kerana orang berpuasa lebih mahukan air berbanding makanan), demikianlah juga setiap dosa kita, ada taubat dan kaffarahnya yang tersendiri.

Dosa sembunyikan kebenaran dihapuskan dengan penerangan (Surah Al-Baqarah). Dosa nifaq dihapuskan dengan keikhlasan dan walak kepada orang Islam (Surah An-Nisa’). Dosa pencuri dibalas dengan potong tangan (Surah Al-Maidah).

Kita boleh qiaskan perkara ini kepada perkara harian kita … lalu kita cuba fahamkan bahawa :

Dosa mata dihapuskan dengan genangan air mata. Dosa hati dihapuskan dengan khusyuk. Dosa kedekut dihapuskan dengan sedekah. Dosa ketagihan maksiat dihapuskan dengan paksaan kepada ketaatan. Dosa kelalaian dihapuskan dengan kesungguhan. Dosa ketagihan gajet dihapuskan dengan bacaan dan tadabbur Al-Quran. Dosa suka aib orang lain dan dihapuskan dengan muhasabah diri dan tafakkur.

Demikianlah, baru kita boleh fahami, besarnya anugerah Ramadhan yang Allah berikan untuk kita. Setiap amalan yang kita lakukan, akan menutup bintik-bintik hitam dalam hati kita.

Pengikat kepada semua perkara itu adalah melazimi diri bahawa kita semua akan bertemu dengan Pencipta, kerana itu akan menjadikan kita lebih bersedia.

“Barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkannya dengan apapun” – Surah Al-Kahfi

Ramadhan bakal menemui kita sehari lagi. Maka tunjukkanlah kepada Tuhan, siapa diri kita yang benar-benar kita cita-citakan.

Wallahua’lam.

Ustaz Syamil Esa

https://t.me/tadabburQuraniRamadhan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts