Dr Aznan Hasan: Orang Syiah jawab soalan ini dulu, baru kita bincang bab taqrib

draznan2

 

Kedatangan hari Asyura baru-baru ini dihangatkan dengan timbulnya kembali seruan untuk taqrib antara Sunnah dan Syiah. Saya juga ditanya tentang pandangan saya berkenaan dengan taqrib ini. Bahkan ada yang bertanya:

“Jika sekiranya perbezaan antara Sunnah dan Syiah adalah di dalam perkara-perkara furu’ akidah dan fekah, kenapa taqrib antara keduanya tidak mungkin. Apa pandangan Dr tentang perkara ini?”

Pembacaan saya tentang Syiah ni agak lama juga dan jika kita nak bincang tentang taqrib ini, ia juga akan panjang. Nak mudahkan perbincangan, untuk menggambarkan bahawa perbezaan antara Sunnah dan Syiah ini perbezaan usul atau furu’, saya nak minta pengikut syiah menjawab beberapa soalan ini:

1-Adakah mereka beriman bahawa al-Quran ini telah diselewengkan?

2-Adakah mereka beriman bahawa mengeji para sahabat Nabi SAW dan beriman bahawa selepas kematian Baginda (SAW) kebanyakan daripada mereka telah kafir.

3- Adakah mereka mengkafirkan sesiapa yang tidak beriman dengan Imamah?

4-Adakah mereka beriman dengan akidah al-Bada’?

5-Adakah mereka beriman dengna akidah raj’ah (note: tafsiran raj’ah di kalangan ulama Syiah adalah pelbagai), salah satunya ialah kembalinya para imam dan musuh-musuh mereka (termasuk para sahabat) untuk mendapat pembelaan)?

6-Adakah mereka beriman bahawa pada akhir zaman, Abu Bakar, Umar dan Aisyah akan dibangkit dan mereka akan dihukum di atas segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan kepada ahl bayt?

7-Adakah mereka beriman bahawa para Imam mereka mengetahui perkara ghaib, mengetahui apa yang akan berlaku, para imam2 ini mendapat wahyu dan kedudukan Imam-Imam ini lebih tinggi daripada para anbiya’ dan mursalin (kecuali Baginda SAW)?

8-Adakah mereka sanggup untuk mengkafirkan para ulama mereka yang telah mengkafirkan sahabat-sahabat nabi, beriman bahawa al-Quran telah diselewengkan dan menkafirkan sesiapa yang tidak beriman dengan Imamah?

Antaranya:

1-Abdul Hussain Sarifuddin al-musawi yang telah mengkafirkan Abu Hurayrah dan menyatakan bahawa Abu hurayrah adalah seorang munafik dan kafir, dan Nabi SAW telah memberitahu bahawa beliau adalah ahli neraka

2- Al-Majlisi (Syiah menamakan beliau sebagai al-Allamah al-Hujjah Fakhrul Ummah) yang mengkafirkan mereka yang tidak beriman dengan Imamah dan menyatakan ittifaq Imamiah atas perkara tersebut (Bihar al-Anwar)

3-Khomaeni (yang dinamakan ayatollah ruhullah) yang menyatakan bahawa al-Quran telah diseleweng, para Imama lebih tinggi kedudukan daripada para anbiya’ (kecuali nabi) dll (al-hukumah al-Islamiyyah).

4-Al-Kulayni yang meriwayatkan banyak hadith daripada para Imam berkenaan dengan penyelewengan al-Qur’an (al-Kafi fi al-Usul), begitu juga, al-Qummi (Tafsir al-Qummi), al-Tabrasi (al-Ihtijaj), al-Kashani (Tafsir al-Safi), al-Majlisi (Bihar al-Anwar), Abu al-Qasim al-Kufi (al-Istighasah), Mi’matullah al-Jazairi (al-Anwar al-Nu’maniyyah), al-Nursi al-Tabrasi yang menulis kitab khusus (Fasl a-Khitab fi Ithbat Tahrif Kitab Rab al-Arbab) yang menyatakan dengan jelas bersama bukti2 (konon) bahawa al-Quran telah diselewengkan.

5-Al-Nubakhti yang berbicara tentang al-Bada’ berkenaan dengan Imamah Jaafar al-Sadiq (RH) berkenaan dengan imamah anaknya Ismail, dan kemudian apabila Ismail meninggal dunia, maka beliau berkata (Firaq al-Syiah):

ما بدا لله في شيء كما بدا في إسماعيل ابني

Ini adalah kalam kufur seolah-olah menyatakan bahawa terbuka kepada Allah suatu ilmu yang Allah tidak tahu sebelumnya.

6-Para ulama syiah yang mengutuk para sahabat dan mengkafirkan mereka, terutamanya Abu Bakar dan Umar, antaranya al-Kulayni (al-kafi), di dalam riwayatnya yang terlalu banyak, al-Kishi (Rijal al-Kishi), al-Bahrani (al-Burhan) dll.

Jika mereka beriman dengan salah satu daripada perkaras no. 1 hingga 7, maka itu adalah perkara-perkara asas yang menyentuh secara lagsung isu akidah, yang boleh membawa kepada kekufuran.

Jika mereka enggan mengkafirkan para ulama yang melakukan perkara2 di dalam perkara2 no. 8, maka ini juga bermasalah. Untuk pengetahuan sahabat sekalian, mereka bukan sahaja tidak mengkafirkan nama-nama tersebut, bahkan ulama-ulama tersebut adalah antara rujukan utama mereka. Bagaimana mereka boleh merujuk kepada manusia yang beriman bahawa al-quran itu diselewengkan, mengkeji dan mengkafirkan para sahabat. Mereka juga mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak beriman dengan imamah.

Lalu bagaimana kita boleh menyeru kepada taqrib dan menganggap bahawa perbezaan antara kita dan mereka hanya dalam masalah furu’.

Cukuplah segala usaha utk taqrib dengan Syiah. Ianya tidak akan berjaya. Silalah baca pengalaman sheikh Muhammad Abduh dan Rashid redha tentang taqrib ini.

Sheikh Mustafa al-Siba’i juga melalui jalan yang sama berkenaan dengan usaha taqrib ini. Sila baca pengalaman beilau di dalam “al-Sunnah wa makanatuha fi al-tashri’”. Lihat bagaimana beliau bercerita berkenaan dengan pengalaman buruk beliau dengan al-Musawi yang amat galak menyeru kepada taqrib dan dalam masa yang sam menulis buku mengkafirkan Abu Hurairah.

Sudah lupakah kita tentang pembohongan al-muraja’at, sehingga digambarkan sheikh al-Azhar, Sheikh Salim al-bisyri itu seolah yang amat jahil, sehingga gagal untuk mencari sendiri dalil-dalil yang boleh dicari oleh kita semasa kita di tahun satu al-azhar lagi. Bahkan, Sheikh al-Bisyr digambarkan terlalu jahil bab hadith, sehinggakan ketika al-Musawi membawa hadis-hadis yang palsu dan sangat daif Sheikh al-bisyri hanya mengiakan sahaja segala pembohongan al-Musawi berkenaan dengan hadith2 tersebut, suatu perkara yang pelajar tahun satu al-Azhar boleh mengkaji. Sebegitu jahilkah Sheikh al-Azhar?

Mereka boleh buat apa sahaja penipuan kerana al-Muraja’at dicetak selepas 20 tahun kematian sheikh al-Bisyr. Sudah tentu beliau tidak akan mampu lagi menjawab segala tohmahan tersebut.

Baca jua apa coretan Sheikh Muhibbuddin al-Khatib dalam al-“Khutut al-‘Aridah lil usus allati qama ‘alayha dinu al-Syi’ah al-Imamiyyah Ithna Asy’ariyyah”, berkenaan dengan taqrib dengan syiah. Telusurilah segala perbincangan beliau dengan teliti. Sudah tentu khulasahnya ialah perbezaan antara sunnah dan syiah adalah perkara usul, bukannya furu’ fekah tentang bagaimana mahu bersolat dan berzakat

Sedarlah, segala seruan untuk taqrib daripada Syiah adalah muslihat semata-mata. Seruan itu pada hakikatnya hanya usaha membuka jalan agar mereka dapat menyebarkan dakwah mereka di negara-negara ahlus sunnah. Dah supaya kita tidak lagi membicarakan tentang pembohongan dan penyelewengan mereka atas nama taqrib, sedangkan mereka akan berterusan melakukan segala perkara.

Bila kita mula bercakap tentang pembohongan dan penyelewengan mereka, maka mereka akan minta kita diam, atas nama taqrib. Bila terdesak, mereka akan menzahirkan kebaikan kepada ahlus sunnah. Apa yang dihairankan. Semuanya adalah dibenarkan atas dasar al-taqiyyah. Al-Syaikh alSaduq berkata: “I’tiqad kita dalam hal taqiyyah, ia adlah wajib, Sesiapa yang meninggalkan taqiyyah, maka seolah-olah beliau telah meninggalkan solat. Taqiyyah adalah wajib, dan ia tidak akan terangkat sehinggalah keluarnya al-Qaim (Imam Mahdi).

Maka sesiapa yang meninggalkan Taqiyyah sebelum keluarnya al-Mahdi, maka beliau telah keluar dari agama Allah dan agama al-Imamiyyah, dan beliau telah menyalahi Allah, rasulNya dan para Imam-imam” (al-I’tiqadat fi Din al-Imamiyyah)

Semoga Allah memelihara saya dan tuan-tuan semua daripada penyelewengan dan penipuan ini. Wallahu A’lam.

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ajaibnya solat Subuh!

  WAKTU Subuh, tatkala laungan azan berkumandang memanggil ke masjid, malaikat turun ke bumi dan menyaksikan orang soleh mengucapkan…