Dr Noor Hisham sebak umum kluster Seri Petaling tamat

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kluster terbesar COVID-19 di negara ini iaitu kluster perhimpunan Seri Petaling diisytiharkan tamat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif COVID-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 seminggu selepas perhimpunan berakhir.

“Kluster ini telah dikesan susulan satu perhimpunan keagamaan yang telah diadakan di sebuah masjid di Seri Petaling, Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut telah berlangsung selama empat hari iaitu dari 27 Februari sehingga 3 Mac 2020 dan telah dihadiri seramai 16,000 orang iaitu 14,500 warganegara Malaysia dan 1,500 bukan warganegara dari pelbagai negara lain.

“Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 iaitu kes ke-131 dan kes ke-136. Mereka adalah warganegara Malaysia dari negeri Pahang dan Negeri Sembilan yang telah hadir perhimpunan tersebut,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham berkata besar kemungkinan jangkitan berpunca dari luar negara kemudian tular di dalam komuniti melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran melalui kontak rapat kes yang positif.

Tambahnya penularan jangkitan COVID-19 melalui kluster ini telah menular ke seluruh negara.

“Sehingga 8 Julai 2020, sejumlah 42,023 individu telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini, 3,375 individu telah dilaporkan positif COVID-19 iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia.

“Seramai 87 pesakit telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah ini, 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan seramai 3,341 individu telah sembuh, justeru ini menjadikan kadar pesakit yang telah sembuh 98.9 peratus. Tiada lagi kes aktif dalam kluster ini,” katanya.

Noor Hisham berkata 34 kematian telah dilaporkan dalam kluster ini iaitu 28.1 peratus dari jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 di Malaysia.

“Sejak dari awal pengesanan kluster ini, kerajaan telah menjalankan pendekatan tertumpu secara agresif dan meluas melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kumpulan sasar dalam kluster ini iaitu, peserta dan kontak rapat perhimpunan di Seri Petaling,” katanya.

KKM kata Noor Hisham mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, atas sumbangan dan perkhidmatan yang komited dalam pencapaian ini. – AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts