Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke negara asal: Tun Dr Mahathir

 

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk menghantar penceramah bebas, Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya di India selagi beliau tidak mencetuskan sebarang masalah kepada Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Zakir boleh tinggal di Malaysia dengan status pemastautin tetap (PR) yang diberikan kepadanya.

“Selagi Zakir Naik tidak cetuskan sebarang masalah di sini, kita tidak perlu menghantarnya pulang ke India.

“Lagipun beliau ada status pemastautin tetap (PR),” katanya.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan badan keselamatan itu tidak membuat sebarang tindakan menghantar penceramah bebas Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya, India.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan, tidak ada tindakan yang dibuat PDRM seperti yang dilaporkan oleh media di negara berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Zakir Naik tidak akan akan terlepas tindakan sekiranya melanggar undang-undang Malaysia.

Katanya, sama ada Zakir Naik diberi status pemastautin tetap atau tidak, undang-undang tidak memihak kepada sesiapa. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts