Elak jadi hinaan, semak semula keputusan kalimah Allah: Mufti Pahang

 

BANGI – Bukan sahaja dibimbangi mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam, keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama Kristian juga dilihat bercanggah dengan fatwa.

Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Atas faktor bimbang, rata-rata umat Islam negara ini meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan keputusan berkenaan.

Menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, walaupun terdapat syarat dikenakan iaitu penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang Salib mestilah diletakkan di hadapan kulit buku, ia sangat mengejutkan umat Islam arus perdana.

Katanya, kebenaran kepada penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama untuk mendidik ahli dalam komuniti mereka, merupakan salah satu daripada titik-titik hitam yang telah tertumpah ke atas perjuangan memartabatkan perundangan Islam di negara ini.

Berikutan itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berharap keputusan kes berkenaan disemak semula demi menjaga kepentingan agama Islam.

Beliau yakin penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama Kristian boleh menyebabkan umat Islam terkeliru.

“Keputusan mahkamah sepatutnya tidak boleh bercanggah dengan fatwa, kita mengharapkan semakan semula supaya tidak menyebabkan satu percanggahan dan satu hinaan,” katanya, ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, beliau pelik apabila mahkamah tidak ada penjelasan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Sepatutnya kita sebagai sebuah negara Islam, mahkamah mesti melihat kepentingan Islam itu diutamakan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts