Erdogan janji terus berjuang menentang keganasan

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, insiden pengeboman yang berlaku di Istanbul baru-baru ini tidak akan menjejaskan kesungguhan kerajaan dalam memerangi keganasan.

Beliau berkata, Turki akan meneruskan perjuangan menentang keganasan yang berlaku di negara itu sehingga ke penghujung.

“Mereka perlu tahu bahawa apa yang dilakukan mereka tidak akan lepas begitu sahaja. Mereka akan membayar harga (tindakan) yang lebih berat daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat keselamatan dengan Kabinet kerajaan dan birokrat kanan berhubung insiden pengeboman di luar stadium bola sepak di Istanbul sehingga menyebabkan 38 orang terkorban.

Insiden pengeboman berkembar itu menyebabkan 30 anggota polis antara yang maut dalam serangan lewat Sabtu lalu, dan 155 orang yang lain cedera.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts