Erti rehat yang hakiki

 

1. Seorang lelaki dari Khurasan datang bertemu al-Imam Ahmad dan bertanyakan kepada beliau tentang erti rehat yang sebenar. Kata beliau:

مَتى يَجِد العَبْد طَعْم الرَّاحَة قَالَ عِنْد أَوّل قَدم يَضَعهَا فِي الْجنَّة

(Wahai Imam Ahmad) Bilakah seorang hamba itu akan merasai nikmat rehat yang hakiki? Jawab al-Imam Ahmad: Apabila dia meletakkan langkah pertamanya di dalam syurga. (Ibn Asakir, Tarikh Dimasyq: 6/13)

2. Kenyataan al-Imam Ahmad menggambarkan kepada kita bagaimana dunia adalah tempat berusaha untuk mencapai keredhaan Allah. Kerehatan yang hakiki adalah apabila seorang itu telah mencapai redha Allah. Syurga adalah tempat rehat orang yang beriman.

3. Perhatikan bagaimana jerih dan penat Rasulullah dalam perjuangan Baginda di dunia. Segala lelah ini dihiasi dengan senyuman Baginda yang menenangkan. Baginda yakin bahawa dunia hanyalah sementara dan tempat berusaha.

4. Segala lelah akan hilang apabila dihidangkan dengan hidangan di syurga kelak. Semoga kita semua dikurniakan tempat bersama dengan para Nabi, syuhada dan orang-orang soleh di dunia kelak atas penat lelah kehidupan di dunia ini untuk mencapai redha Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts