Facebook Dr Ahmad Sanusi, Penasihat Syariah Indahnya Islam disekat

 

PIHAK Indahnya Islam dimaklumkan bahawa laman facebook Dr Ahmad Sanusi yang merupakan Penasihat Syariah Indahnya Islam telah disekat oleh facebook selepas beliau menulis satu hantaran bertajuk “Jangan biarkan Rasulullah dihina” berkaitan isu tular Foo Sing Wai yang menghina Rasulullah SAW.

 

 

Pautan artikel tersebut di portal Indahnya Islam:
https://www.indahnyaislam.my/2019/02/jangan-biarkan-rasulullah-dihina

Akaun facebook peribadi Dr Ahmad Sanusi juga telah disekat oleh facebook akibat aduan terhadap hantaran tersebut.

 

 

Pihak Indahnya Islam membantah tindakan ini dan meminta pihak pengurusan facebook untuk menyemak semula aduan tersebut dan menghentikan sekatan terhadap Dr Ahmad Sanusi.

Dr Ahmad Sanusi merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan pengasas bersama Ulum Hadith Research Centre. Beliau juga telah dijemput menjadi Penyelidik Tamu di Oxford Centre for Islamic Studies pada tahun 2018.

Beliau aktif menulis di media sosial mengenai isu semasa dan memberi penjelasan secara ilmiah berdasarkan panduan al-Quran dan hadith. Tulisan beliau telah banyak memberi manfaat khususnya kepada umat Islam di Malaysia.

Kami menyeru kepada semua umat Islam untuk memberi sokongan kepada Dr Ahmad Sanusi dengan kongsi dan tularkan berita ini di facebook dan media sosial anda.

INDAHNYA ISLAM

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts