Falsafah Islam di sebalik pintu rumah Melayu

 

TENTANG pintu rumah Melayu dan fungsi Islamik.

Pertama: Kemestian orang Melayu terdahulu dalam membuat rumah, mestilah sekurang-kurangnya mempunyai dua pintu, yakni ‘pintu muka’ dan ‘pintu belakang’ (Tenas Effendy, Nilai-nilai Asas Jati Diri Melayu yang Islami, 2006).

Ungkapan Melayu lama menyebut, “Pintu muka menyambut adat, pintu belakang menebus malu.”

Pintu muka (pintu masuk) ertinya, sesiapa pun tetamu yang datang hendaklah dilayan sebaiknya oleh tuan rumah dan hendaklah disuguhi dengan hidangan yang semampunya.

Jika tiada persiapan, maka hendaklah orang rumah keluar dari ‘pintu belakang’ dengan sehabis daya untuk disediakan kepada tetamu.

Kedua: Kedudukan pintu (maksud pintu di sini ialah ruang masuk), dilarang sama sekali kedudukan pintu sejajar dengan semua pintu yang terdapat dalam rumah. Misalnya, pintu rumah ibu, pintu rumah tengah dan pintu dapur tidak boleh sejajar khususnya dengan pintu muka. (Lihat gambar, yang dibulatkan merah).

Ini bertujuan untuk memelihara pandangan ruang-ruang peribadi dalam rumah daripada dapat terlihat pada tetamu – yang tujuannya memelihara maruah kaum perempuan (Agus Budi Wibowo, Kearifan Lingkungan dalam Adat Berumah Masyarakat Melayu di Sumatera Utara).

Ketiga: Ada beberapa jenis rumah misalnya rumah Minangkabau (rujuk Mohd Nazarudin Yusof, Pembudayaan Nilai Islam dalam Reka Bentuk Rumah Tradisional Masyarakat Melayu), rumah Jawa – rabung pintu direndahkan supaya apabila tetamu masuk, badannya akan dibongkok.

Ini sebagai satu ingatan agar tetamu menghormati tuan rumah (tempat yang dijejaknya itu adalah ‘wilayah’ orang) – namun diangkat kemuliaan tetamu itu melalui layanan dan suguh yang terbaik.

Keempat: Motif ukiran di ambang pintu muka juga mempunyai makna dan fungsi tertentu. Tentang maknawi ukiran, akan dikongsi pada masa akan datang.

(Gambar diambil dari jurnal Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin dan Cristina Gonzalez-Longo, Traditional values and their adaptation in social housing design: Towards a new typology and establishment of ‘Air House’ standard in Malaysia – Archnet-IJAR (2015).

Artikel Oleh:
Tn Hamdi Hanapi

Sumber: fokus.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts