Fatah gesa intifada baru sokong Baitulmaqdis

 

JERUSALEM – Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) menggesa rakyat Palestin menyokong Jerusalem, tatkala berita mula tersebar mengatakan Amerika Syarikat (AS) setuju mengisytiharkan bandar itu sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Pergerakan yang dipimpin Presiden Mahmoud Abbas itu juga menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak menghalang ‘rancangan gila’ AS itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Fatah berkata, tindakan itu adalah serangan sengit dan sistematik ke atas Jerusalem yang dilancarkan oleh Israel.

“Serangan ini bertujuan menghancurkan kewujudan Arab dan Islam di bandar raya itu dan menyahudikannya, serta mengubah realiti geografi serta demografi dengan cara kabur demi kepentingan Israel,” kata Fatah.

Fatah berkata, Baitulmaqdis adalah pintu kepada peperangan dan keamanan.

“Mengganggu gugatnya identiti Arabnya secara berterusan dianggap sebagai membunyikan loceng perang dan ini akan menamatkan semua perjanjian dan konvensyen antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Langkah Amerika itu memberikan hak sah politik dan undang-undang kepada kependudukan Israel dan membolehkan rejim itu mengawal Tanah Suci ketiga umat Islam tanpa sebarang pemantauan.

Terdahulu, hari ini, media melaporkan Presiden AS, Donald Trump telah menghubungi Abbas dan mengulangi pendiriannya untuk memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts