Feminisme menjadikan wanita bebas tanpa sempadan agama

 

APABILA melihat gerakan Feminisme yang bearak baru-baru ini, mengingatkan saya bagaimana wanita diperlakukan dalam sejarah peradaban Barat secara khususnya, dan dunia secara umumnya sebelum kedatangan Islam.

Mereka diseksa, dinafikan hak asasi mereka, menjadi mangsa patriarki dan feudalisme yang mengeksploitasi wanita demi kepentingan mereka. Wanita tiada nilai, diperlakukan seperti binatang dan objek yang tiada nyawa. Lihatlah helaian-helaian sejarah setiap peradaban yang ada di dunia, anda akan lihat bagaimana perkara ni berlaku.

Selepas Renaissance berlaku, hak asasi dan liberalisasi mula menjadi zeitgest zaman itu. Feminisme serta emansipasi wanita juga bercambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, menumpang arus reformasi kebebasan yang wujud ketika itu.

Wanita meminta keadilan dan kesamarataan, dilenyapkan patriarki, diberikan hak sama rata bahkan lebih lagi, wujud juga tuntutan ekstrem yang jauh daripada logik dan munasabah akal demi memenuhi kehendak kebebasan mutlak.

Semua ini menggambarkan dua sisi ekstrem yang ada dalam sejarah peradaban manusia; ada waktunya meletakkan wanita sebagai sehina-hina ciptaan, dan sekarang pula mereka dianggap sebagai semulia-mulia ciptaan. Tiada apa sempadan yang boleh membatasi kehendak dan hak mereka walaupun atas nama agama dan budaya.

Sedangkan Islam hadir dengan satu paradigma yang sangat baik terhadap wanita, dengan menjadikan mereka mulia, separuh daripada umat manusia, dan yang melahirkan separuh yang lain. Namun mereka tetap ciptaan yang berbeza dengan lelaki, ada tugas dan tanggungjawab yang unik dan tersendiri yang perlu dilakukan. Mereka juga dibataskan dengan suruhan agama, emansipasi dalam kerangka wahyu Ilahi.

Ustaz Amar Ismat Mohd Nasir

Sumber: http://www.amarismat.com/2019/03/feminisme-dari-kacamata-sejarah.html

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts