Gaza kitar semula runtuhan ketika Israel sekat barang pembinaan

 

GAZA – Lebih sebulan setelah negara haram Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, penduduk di wilayah berkenaan kini berusaha untuk membangun semula selepas berdepan kemusnahan teruk akibat peluru berpandu rejim.

Jalur pantai, adalah antara kawasan berpenduduk paling padat di dunia, mengalami kerosakan teruk pada infrastruktur dan bangunannya. 

Menurut Kementerian Pekerjaan Awam dan Perumahan Gaza, sebanyak 2,000 rumah musnah dan 22,000 unit lagi mengalami kerosakan – yang mengakibatkan pemindahan puluhan ribu penduduk Palestin. 

Sekurang-kurangnya empat bangunan tinggi bertingkat juga terkesan, dan 74 struktur awam termasuk kemudahan kementerian menjadi sasaran. 

“Kami yakin jumlahnya akan meningkat ketika pasukan kami masih menilai sejauh mana kerosakan yang berlaku, namun setakat ini ianya berjumlah AS$500 juta,” kata Ketua Setiausaha kementerian, Naji Sarhan. 

Katanya, terdapat kira-kira 200,000 hingga 300,000 tan serpihan daripada serangan baru-baru ini. 

“Langkah pemulihan pertama adalah membersihkan runtuhan, terutama dari bangunan tinggi dan kediaman yang musnah, untuk menyiapkan tapak bagi pembinaan semula.

“Namun, kerana sekatan 14 tahun Israel-Mesir ke atas wilayah ini, pembinaan semula bangunan-bangunan kerajaan, komersial dan kediaman menjadi rumit,” katanya. 

Sarhan berkata, negara pengganas Israel tidak membenarkan bekalan bangunan melalui sempadan mengakibatkan rakyat Gaza mengitar semula runtuhan untuk memenuhi keperluan pembinaan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts