Gaza menunggu dan memanggil anda semua!

 

Kepada semua ratusan pertubuhan, NGO, organisasi, syarikat, parti politik, individu dan institusi yang mengutip puluhan juta ringgit Malaysia dari rakyat Malaysia atas nama “perjuangan Palestin” baru-baru ini, saya ingin bertanya:

Sudahkah anda sampaikan dan salurkan semua kutipan dana yang dikumpul itu kepada rakyat Palestin umumnya dan penduduk Gaza khususnya?

Mereka sedang menunggu pembuktian dari seruan dan semangat kalian!

Bangunan, rumah, sekolah dan infrastruktur mereka sudah rosak teruk. Hospital mereka sudah kehabisan bekalan ubat-ubatan. Anak-anak yatim semakin bertambah ramai.

Kepiluan para ibu yang kematian anak-anak kecil mereka sungguh menggoncang jiwa. Keluarga-keluarga mereka sudah kehilangan mata pencarian hidup.

Kecederaan dan kecacatan anggota sudah menjadi realiti yang perit untuk diceritakan. Sumber tenaga, kuasa, elektrik dan air semakin kritikal.

Di mana semua bantuan yang dijanjikan? Di mana semua kepedulian yang dilaungkan? Di mana semua ikatan persaudaraan yang diteriakkan?
Ke mana perginya semua ketelusan, ketulusan dan keikhlasan?

Mereka sedang menunggu dan memanggil anda. Sudah tidurkah kalian semua?

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi iPeguam/Pemerhati politik

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts