Hamas akan terus lindungi dan pertahan rakyat Palestin

 

GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap rejim pengganas Israel yang menyerang beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, penentangan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah disebabkan tindakan agresif rejim Zionis yang semakin meningkat.

“Saiz pencerobohan rejim Israel yang turut menyasarkan kawasan yang menjadi tapak penentangan mencerminkan niat awal rejim untuk meningkatkan ketegangan di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, katanya, rejim pengganas Israel perlu menyedari bahawa tindakan agresif mereka menyebabkan penentangan oleh rakyat Palestin.

“Hamas tidak akan melepaskan tanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan rakyat Palestin serta menolak pencerobohan di bumi Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, Hamas turut menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka bertanggungjawab menimbulkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, sambil menegaskan tuduhan itu memberi lampu hijau kepada rejim Zionis untuk bertindak agresif terhadap penduduk Palestin.

“Tuduhan itu adalah penerusan dasar yang diamalkan pentadbiran Rumah Putih, yang bertanggungjawab terhadap tragedi kepada Palestin berikutan sokongan ekonomi, politik dan ketenteraan mereka kepada Israel, serta veto yang digunakan untuk melemahkan usaha antarabangsa menyokong hak penduduk Palestin.

“Sokongan AS kepada rejim Zionis membunuh rakyat Palestin semakin jelas sejak dekad terakhir, apabila pentadbiran AS enggan menerima keputusan pilihan raya Palestin yang mana pengundi memilih Hamas,” kata kenyataan pergerakan itu, hari ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts