Hamas seru rakyat Gaza sertai ‘March of Return’

 

SEMENANJUNG GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa penduduk Gaza menyertai protes besar-besaran berhampiran dengan sempadan Israel, hari ini.

Bantahan yang dikenali sebagai ‘March of Return’ itu dijadualkan berlangsung selama enam minggu, menuntut Israel membenarkan jutaan pelarian Palestin kembali semula ke kediaman mereka yang dirampas.

“Hamas menyeru semua penduduk di Gaza untuk mengambil bahagian dalam ‘March of Return’,” kata gerakan itu dalam satu kenyataan.

Hamas turut menggesa peserta demonstrasi berkenaan supaya berhimpun secara aman dan mengelakkan sebarang provokasi yang bertentangan dengan matlamat penganjuran.

Sebelum ini, rejim pengganas Israel menuduh Hamas sebagai pihak yang bertanggungjawab mengatur dan menganjur bantahan besar-besaran itu.

Bagaimanapun, penganjur March of Return, Ahmad Abu Ratima menafikan perkara itu, sebaliknya menjelaskan bahawa Hamas adalah sebahagian dan bukan pihak utama dalam penganjuran protes berkenaan.

Ahmad berkata, beliau sebagai penganjur memberi jaminan bahawa bantahan berkenaan akan diadakan secara aman tanpa sebarang kekerasan.

“Kita juga telah memutuskan bahawa tiada batu akan dibaling,” katanya.

Protes yang diadakan bermula hari ini berlangsung kira-kira 700 meter dari pagar sempadan rejim pengganas Israel, dan tidak menolak kemungkinan bantahan akan mara menghampiri pagar berkenaan pada minggu berikutnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts