Hampir 4,000 sertai Rehal Ramadan anjuran Wanita ISMA

 

BANGI– Bagi mengimarahkan bulan Ramadan pada tahun ini, Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menganjurkan program Rehal Ramadan, selari dengan bulan mulia itu yang sinonim dengan al-Quran.

Program berkenaan diadakan bagi mengajak kaum wanita bertadarus dan bertilawah al-Quran, dalam pada masa sama meninggikan syiar Islam.

Ketua Wanita ISMA, Ustazah Dr Suriani Sudi berkata, program itu diadakan secara dalam talian menggunakan platftorm seperti aplikasi WhatsApp dan Google Meet.

Katanya, ia susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak COVID-19 yang menghadkan perkumpulan orang ramai.

Bagaimanapun, katanya lagi, hanya beberapa surau dan masjid sahaja dibenarkan diadakan secara bersemuka.

“Surau-surau terbabit termasuk di Surau Raudhatul Firdaus yang terletak di Saujana Impian, Surau Al Hidayah di Pangsapuri Makmur di Kajang serta Surau D Cerrum dekat Semenyih,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dr Suriani berkata, program berkenaan dibimbing oleh Wanita ISMA dengan penyertaan hampir 4,000 wanita di 42 cawangan ISMA di seluruh Malaysia. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ada hikmah di sebalik kesabaran kita

    أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ…