Hayati dan ambil iktibar peristiwa turunnya al-Quran – Sultan Selangor

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyeru seluruh umat Islam supaya terus menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya kitab suci al-Quran sempena Hari Nuzul al-Quran semalam.

Menerusi satu perkongsian ringkas di Facebook Selangor Royal Office, baginda bertitah al-Quran bukan sahaja untuk dibaca bahkan ia perlu difahami dan dihayati kerana di dalamnya terkandung banyak khazanah ilmu yang sangat bernilai.

Titah baginda, ia (khazanah ilmu) hanya dapat diperoleh dengan cara tadabbur atau memahami ayat-ayatnya.

“Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia,” titah baginda.

Titah baginda lagi, sudah terbukti, dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku termasuklah pada peringkat pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, pembinaan sosial juga kelestarian budaya, al-Quran adalah tunjang dan dasar dalam memastikan setiap tindakan di pasak dengan nilai agama.

Baginda turut mengingatkan muslimin dan muslimat sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup dan mengambil pengajaran daripada isi kandungannya yang telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts