Hingus kucing dihukumkan suci, bukan najis

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang dengan status hingus yang keluar dari hidung kucing kerana cecair lendiran itu dihukumkan sebagai suci, bukannya najis.

Demikian penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) terhadap kemusykilan isu itu susulan ada kebimbangan ia dianggap kotor terutama dari kucing sakit atau sering bersin.

 “Cecair hingus haiwan yang diyakini bukan keluar daripada perutnya dihukumkan suci dengan mengikut kategori haiwan,” kata kenyataan agensi itu menerusi akaun media sosial rasminya yang turut disiarkan melalui laman sesawang agensi itu dalam pautan Al-Kafi Al-Fatawi, sekali gus menerangkan persoalan perlukah dicuci atau sekadar dilap dengan kain.

 Ujarnya, jika haiwan tersebut memang dalam kumpulan hukum suci, maka cecair tersebut dihukumkan sebagai suci termasuk air liur, titisan peluh waima hingus daripada hidung kucing.

Bagaimanapun, PMWP menjelaskan, status hukum berkenaan berubah sebaliknya sekiranya diyakini yang cecair itu keluar daripada isi perut haiwan tersebut berdasarkan rujukan pandangan dikemukakan ulama muktabar, Imam al-Nawawi menerusi kitab terkenal hasil karangannya sendiri iaitu Raudhah al-Talibin wa Umdatul Muftin. – UTUSAN ONLINE 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts