H@mas Bertemu Ketua Perisikan Mesir, Dakwa Rejim Z Terus Melanggar Gencatan

KAHERAH, 3 Jamadilakhir – Delegasi tertinggi Hamas telah mengadakan pertemuan dengan ketua perisikan Mesir semalam bagi membincangkan perkembangan perjanjian gencatan senjata serta situasi terkini di Gaza. Pertemuan itu berlangsung ketika Israel dan pejuang Palestin saling menuduh antara satu sama lain melanggar syarat gencatan.

Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat bertindak sebagai perantara dalam rundingan antara Hamas dan Israel, dan berjaya memeterai gencatan senjata yang mula berkuat kuasa bulan lalu.

Dalam kenyataan rasmi, Hamas menegaskan komitmennya untuk melaksanakan fasa pertama perjanjian tersebut ketika pertemuan dengan pihak perisikan Mesir. Namun, Hamas turut mendakwa Israel melakukan “pelanggaran berterusan” yang boleh menjejaskan kestabilan gencatan senjata itu.

Delegasi Hamas, termasuk ketua Hamas Gaza di luar negara, Khalil Al-Hayya, turut meminta agar diwujudkan satu “mekanisme yang jelas dan khusus” di bawah pemantauan para pengantara bagi merekod dan menghentikan sebarang pelanggaran perjanjian.

Isu Pejuang di Dalam Terowong

Hamas turut membincangkan bersama Mesir mengenai penyelesaian segera berkaitan pejuang mereka yang berada dalam terowong di Rafah, di mana hubungan komunikasi dengan mereka dilaporkan terputus.

Awal bulan ini, laporan media menyatakan bahawa para pengantara sedang berusaha menangani situasi sekumpulan pejuang Hamas yang terperangkap dalam rangkaian terowong di kawasan Gaza yang kini dikuasai Israel.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mendakwa tenteranya telah membunuh lima anggota kanan Hamas pada Sabtu lalu, selepas seorang pejuang dihantar ke wilayah Gaza yang dikuasai Israel untuk menyerang tentera Israel di kawasan tersebut.

Menurut pegawai kesihatan di Gaza, serangan udara Israel pada Sabtu itu turut meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa.

Pada Ahad pula, tentera Israel mendakwa seorang komander tempatan Hamas ialah antara individu yang terbunuh dalam serangan berkenaan.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts