Kebuluran di Gaza semakin kritikal, nyawa penduduk terancam

GAZA – Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) kecewa dengan tindakan agresif Israel yang terus menghalang konvoi makanan daripada sampai ke utara Semenanjung Gaza.

Dalam catatan pada X, UNRWA menegaskan bahawa agensi itu memerlukan akses selamat dan tanpa halangan ke kawasan di utara Semenanjung Gaza yang dikepung.

“Bekalan makanan adalah soal hidup dan mati di utara Gaza,” katanya.

UNRWA juga berkata, empat kedai roti yang dibuka semula di utara Gaza adalah kerana sokongan kritikal Program Makanan Sedunia (WFP).

“Tetapi ini hanya skala kecil – Israel terus menghalang konvoi makanan UNRWA daripada sampai ke utara,” katanya.

Minggu lalu, Pesuruhjaya Jeneral UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa di seluruh Semenanjung Gaza, kebuluran buatan manusia semakin kritikal.

Pada akhir Januari, Amerika Syarikat, Britain dan beberapa pihak penderma utama lain menarik dana mereka untuk UNRWA atas dakwaan bahawa kakitangan agensi itu terlibat dalam Operasi Taufan Al-Aqsa terhadap Israel pada 7 Oktober 2023.

Dalam minggu-minggu berikutnya, negara penderma menggantung atau menjeda kira-kira $450 juta pembiayaan.

Bagaimanapun, semakan bebas mengenai aktiviti agensi itu di Gaza berkata, sehingga hari ini.Israel masih belum memberikan bukti tuduhannya. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Doa pilihan supaya anak menjadi soleh

  أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ “Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada…