Warning: session_start() expects parameter 1 to be array, string given in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Warning: session_start(): open(/tmp/sess_fii4u7uvloofluog10h5ctubbu, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: ) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d91.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d92.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d93.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d94.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d96.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Jangan kerana ungkapan ‘kalau’, akidah jadi binasa - Indahnya Islam

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d99.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d9a.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d9b.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d9c.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078

Jangan kerana ungkapan ‘kalau’, akidah jadi binasa

“KALAU aku tak buat begitu, mesti tak akan jadi begini.”

Pernyataan itu tidak begitu asing pada halwa telinga kita. Lebih-lebih lagi saat sesuatu yang buruk menimpa seseorang. Frasa tersebut begitu laju meluncur dari bibir.

Bagaimanapun, berwaspadalah dengan ungkapan ‘kalau’ yang dizahirkan. Ini kerana ia seolah-olah menunjukkan betapa kita enggan berdamai dengan qada dan qadar yang ditentukan Sang Pencipta.

Lantaran itu, umat Islam dilarang untuk menyebut perkataan ‘kalau’. Dikhuatiri gara-gara satu kalimah itu, akidah kita yang menjadi taruhannya.

Apakah perkaitan antara perkataan tersebut dengan akidah umat Islam? Benarkah kita ditegah sama sekali daripada menyebut istilah berkenaan?

Waspada dengan pertuturan

Bagi mendasari topik itu, Sinar Islam Plus mendapatkan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Dr Mohd Hasrul Shuhari.

Jelas beliau, perkataan kalau dalam bahasa Arab yang disebut sebagai ‘lau’ pada asalnya tiada masalah andai digunakan dengan baik.

Bagaimanapun katanya, ia boleh bertukar menjadi sebaliknya jika penggunaan istilah berkenaan diduplikasikan pada waktu atau tujuan yang salah.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: “Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh”. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, ALLAH menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka…” (Surah Ali Imran, ayat 156)

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: “Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir ALLAH, ALLAH melakukan apa sahaja yang DIA kehendaki”. Kerana sesungguhnya kata ‘kalau’ itu membuka pintu amalan syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dr Mohd Hasrul kemudian menukilkan pandangan Imam an-Nawawi tentang maksud sebenar ungkapan ‘kalau’ yang membuka pintu amalan syaitan’.

“Ulama tersohor dalam Mazhab Syafie itu menjelaskan, ia boleh menjadi sedemikian apabila ungkapan tersebut dilafazkan kerana kekecewaan dan penyesalan terhadap kepentingan duniawi.

“Bukan itu sahaja, Imam an-Nawawi juga menukilkan pendapat Imam al-Qadhi ‘Iyadh yang mengatakan, perkataan ‘kalau’ yang ditegah itu adalah apabila tercetus di dalam hati seseorang perasaan menentang takdir yang dibisikkan oleh syaitan.

“Sementara itu, Ibn Daqiq al-‘Id dalam kitab Ihkam al-Ahkam pula berpandangan antaranya bahawa ia menunjukkan tidak menyerahkan sesuatu yang berlaku itu kepada takdir ALLAH SWT,” terangnya panjang lebar.

Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada pelbagai jenis perasaan, adakalanya kita tanpa sengaja membutirkan kalimah ‘kalau’ gara-gara terlalu sedih dan kecewa.

Namun begitu, hati tidak tergamak langsung mahu menyalahkan suratan takdir. Apatah lagi meletakkan ‘kesalahan’ itu kepada Sang Pencipta.

Dalam situasi tersebut, apakah lafaz terbaik dalam melepaskan tekanan yang dihadapi?

Menjawab persoalan tersebut, Dr Mohd Hasrul menjelaskan, terlalu banyak ungkapan yang boleh disebut tatkala terjadi musibah dan seumpamanya. Antara ayat yang sepatutnya diucapkan adalah seperti sebagaimana disebutkan dalam satu riwayat.

Anas bin Malik RA berkata: “Adalah Rasulullah SAW, apabila menghadapi suatu masalah, baginda berdoa: ”Wahai Yang MAHA HIDUP KEKAL, Yang terus menerus mengurus (mahluk-NYA), hanya dengan rahmat-MU sahaja, aku meminta pertolongan.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

APABILA menghadapi suatu musibah, berdoalah kepada ALLAH SWT memohon pertolongan-NYA agar kita boleh melapangkan dada dan tidak menuturkan ungkapan ‘kalau’ yang boleh membawa kita mempertikaikan takdir yang ditentukan-NYA.

Elak berkata ‘kalau aku Tuhan’

Menyambung hujah, pensyarah itu mengingatkan agar kita tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan frasa seperti ‘kalau aku Tuhan’ dan seumpamanya.

Ya, memang tiada masalah andai ia dibutirkan dalam keadaan tidak memaksudkannya.

“Sebagai contoh, individu yang melafazkan pernyataan ‘Ya ALLAH, ENGKAU hambaku dan aku Tuhanmu’ dalam keadaan terkejut, terleka atau tanpa sedar.IKLAN

“Demikian yang dinyatakan oleh Imam al-Qadhi Iyadh seperti yabg dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari,” jelasnya.

Namun begitu, Dr Mohd Hasrul menegaskan, ia tidak boleh diungkapkan banyak kali.

Ini kerana, beliau berhujah dengan pandangan al-Hafiz al-‘Iraqi yang menyatakan, perkara itu perlu dilihat kepada realiti individu melafazkannya.

“Jika ia berlaku berulang kali dan dia dikenali sebagai orang yang sering melakukan pelanggaran agama, maka dakwaan tersasul itu tidak diterima.

“Namun, jika ia tersilap sebut dan dia dikenali sebagai orang yang warak dan memelihara agamanya, maka alasan itu boleh dipertimbangkan. Perkara ini perlu diperincikan lagi, yakni apa keadaannya atau tujuannya ketika menyebutkannya,” tuturnya.

Apa pun, beliau mengingatkan bahawa perkara itu syubhat yang perlu dielakkan kerana ia juga boleh terjatuh kepada fahaman bidaah Muktazilah seperti as-Solah wal-Aslah yakni mewajibkan ALLAH SWT buat sesuatu berdasarkan akal kita!

PELIHARALAH bibir kita daripada menuturkan kalau andai diri dibelenggu dengan pelbagai rasa yang menyakitkan atau mempersoalkan urusan Tuhan.

“Contohnya, ‘jika aku Tuhan, pasti aku akan buat itu atau buat ini’.

“Selain itu, ia juga melibatkan bidaah Mushabbihah kerana menyamakan makhluk dengan Tuhan.

“Di samping itu, dari satu sudut, ungkapan berkenaan menyebabkan unsur kekurangan pada ALLAH, yakni seolah-olah Tuhan sekarang tidak buat sesuatu yang sempurna,” ungkapnya.- Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4d9f.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Total
0
Shares

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-6a1cc4-4da0.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts