MAIPk lancar aplikasi zakat Perak

TAIPING – [DIKEMAS KINI] Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan aplikasi Zakat Perak untuk menarik lebih banyak syarikat korporat dan individu menunaikan ibadah zakat di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrul Azam Shaari berkata, aplikasi yang baharu dibangunkan itu memudahkan pengguna android mengakses pelbagai maklumat termasuk pengiraan zakat, usahawan asnaf dan bayaran zakat.

“Kemudahan yang disediakan adalah sijil digital sebagai tanda penghargaan serta pengiktirafan kepada syarikat dan individu yang komited membayar zakat kepada MAIPk.

“Kita sediakan logo beserta kod QR sebagai platform hebahan dan dakwah zakat kepada prospek pembayar zakat perniagaan selain pengguna mudah mengenal pasti syarikat yang membayar zakat perniagaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Aplikasi Zakat Perak di sini pada Rabu.

Shahrul Azam berkata, Zakat Perak turut memberi akses kepada orang ramai menyemak syarikat-syarikat yang telah membayar zakat kepada MAIPk.

“Pengguna akan memperoleh info bagi promosi produk dan perkhidmatan selain menjadi sumber rujukan bagi menyokong syarikat yang membayar zakat perniagaan.

“Aplikasi ini akan diperluaskan kepada pengguna Apple dalam masa terdekat agar kumpulan sasar ini terus konsisten menunaikan Rukun Islam keempat ini bagi membela nasib asnaf,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts