HMS: Isu senjata perlu diselesaikan melalui konsensus nasional dan dialog dalaman

Hamas menegaskan bahawa isu berkaitan senjata Palestin perlu diselesaikan melalui pendekatan konsensus nasional dan dialog dalaman, bukannya hanya berdasarkan perspektif Israel semata-mata.

Dalam temu bual bersama Anadolu, Jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata pendirian mereka mengenai senjata Palestin adalah jelas kerana ia berkait rapat dengan konteks politik yang lebih luas, termasuk hak asasi rakyat Palestin seperti hak menentukan nasib sendiri dan penubuhan sebuah negara Palestin.

Beliau menyatakan bahawa rundingan masih berjalan secara serius, khususnya berkenaan isu senjata, sambil menegaskan komitmen Hamas untuk menjaga kepentingan rakyat Palestin.

“Hamas berusaha untuk menghapuskan sebarang alasan yang boleh digunakan oleh penjajah untuk menyambung semula perang,” katanya.

Tambah beliau, antara perkara yang menjadi tumpuan termasuk pelaksanaan komitmen pihak penjajah dalam fasa pertama perjanjian, seperti menghentikan pelanggaran, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan secara menyeluruh dan mencukupi seperti yang dipersetujui, serta memudahkan kemasukan Jawatankuasa Nasional bagi pentadbiran Semenanjung Gaza.

Beliau turut mendakwa bahawa pelanggaran oleh pihak penjajah merupakan satu dasar yang sistematik.

“Pihak penjajah tidak menghormati komitmen mereka, malah tidak menghormati usaha para perantara sepanjang enam bulan lalu,” katanya.

Sumber: Dunia Palestin

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts