Hotel pertama di Langkawi lantik Pegawai Agama

adya16

 

LANGKAWI, Khamis -Hotel Adya di Langkawi, Kedah menjadi hotel pertama di negara ini mewujudkan jawatan rasmi Pegawai Agama Khas bagi memastikan ia sentiasa mematuhi piawaian syariah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata, hotel itu merupakan milik kerajaan negeri menerusi Permodalan Kedah Berhad.

Katanya, jawatan Pegawai Agama itu disandang oleh lulusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengawal selia dan memantau pelaksanaan konsep syariah sepenuh masa di hotel berkenaan.

“Kita melantik seorang hafiz untuk menerapkan dan mengukuhkan lagi nilai-nilai keislaman yang ada di hotel ini,” katanya.

Nor Saidi berkata, hotel bertaraf empat bintang itu menerima pengiktirafan mematuhi syariah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun lalu dan menerapkan nilai syariah sejak mula beroperasi pada Januari 2015.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/hotel-pertama-di-langkawi-lantik-pegawai-agama/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts