Hukum bergambar dengan berlainan jantina

SOALAN                    

Assalammualaikum, Adakah dibolehkan kita mengambil gambar berdua-berduaan dengan bukan mahram di tempat awam dan gambar difokuskan gambar berdua sahaja?  Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Percampuran berlainan jantina tidak dibenarkan melainkan keperluan urusan muamalat sesama manusia selagi tidak menimbulkan fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syariat. 

Oleh yang demikian, mengambil gambar berdua-duaan berlainan  jantina bukan pada kadar keperluan dan menimbulkan fitnah adalah tidak dibenarkan oleh syarak. 

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat

Asasnya, perbuatan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah dilarang melainkan ditemani mahramnya. Ini berdasarkan riwayat Saidina Abdullah bin Abbas RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:                 

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

MaksudnyaTidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan perempuan itu ditemani oleh mahramnya.

Riwayat Muslim (1341)

Percampuran antara lelaki dan wanita (إختلاط) hanya dibenarkan pada keadaan – keadaan tertentu seperti urusan darurat, keperluan, maslahat dalam menjalankan urusan dan kebiasaan harian

Berikut adalah perincian urusan darurat dan keperluan:

  1. Urusan Darurat

Imam al-Nawawi menyatakan pengharaman khalwat lelaki dan wanita termasuk juga dalam bab berdua-dua menunaikan solat. Namun pengecualian bagi kes-kes dalam keadaan darurat seperti terjumpa wanita   ajnabi yang tersesat di jalanan dan boleh menemaninya atas dasar keselamatan sekiranya wanita takut ditinggalkan.  

  1. Urusan keperluan

Urusan keperluan melibatkan muamalat sesama manusia berkaitan kemasyarakatan seperti urusan jual beli, penyaksian, urusan kerja, politik, urusan menuntut ilmu, jihad dan keperluan urusan seharian lain.

Sementara itu, harus melihat ajnabi dalam urusan jual beli, mengambil dan memberi sesuatu barangan dan seumpamanya

Urusan bermuamalat dengan berlainan jantina mestilah tertakluk dengan nilai-nilai adab dan hukum hakam berkaitan pakaian yang menutup aurat, menjaga pandangan yang bebas syahwat serta tidak melunakkan suara dengan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing).

Syeikh Abdul Hamid al-Syarawani menyebutkan bahawa garis penentuan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharamkan berdasarkan situasi yang mengundang fitnah:

أَنَّ الْمَدَارَ فِي الْخَلْوَةِ عَلَى اجْتِمَاعٍ لَا تُؤْمَنُ مَعَهُ الرِّيبَةُ عَادَةً، بِخِلَافِ مَا لَوْ قُطِعَ بِانْتِفَائِهَا فِي الْعَادَةِ فَلَا يُعَدُّ خَلْوَةً

Maksudnya “Sesungguhnya garis penentuan khalwat (yang dilarang) ialah ke atas perhimpunan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram yang tidak selamat daripada sebarang tohmah (fitnah dan syak wasangka) pada adat kebiasaannya, berbeza pula apabila dapat dipastikan perhimpunan (pertemuan) tersebut selamat daripada sebarang tohmah pada adat kebiasaannya, maka ia tidak termasuk dalam kategori khalwat (yang dilarang).”

Kesimpulannya, berdua-duan mengambil gambar dengan ajnabi yang berlainan jantina tanpa keperluan sehingga menimbulkan fitnah adalah dilarangSementara itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuklah juga mengambil gambar hanya dibenarkan pada urusan keperluan dan jauh daripada fitnah di samping menjaga batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh syariat. – Muftiwp

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts