Warning: session_start(): open(/tmp/sess_99pettlqmo72nf1akhp1232n1t, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: ) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c113.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c114.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c115.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c116.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c118.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Hukum memberikan daging korban sebagai upah penyembelih – Indahnya Islam

Hukum memberikan daging korban sebagai upah penyembelih

Bolehkah memberikan upah berupa daging korban kepada penyembelih dan juga pelapah daging? 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Terdapat sebuah hadith yang sahih berkenaan persoalan di atas yang mana menunjukkan terdapat larangan untuk diberikan upah kepada penyembelih daripada bahagian daging korban itu. Ianya hadith yang telah diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA iaitu:

أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا

Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar tidak memberi daging daripadanya sebagai upah kepada penyembelih dan juga pelapahnya.

Riwayat Al-Bukhari (1716) & Muslim (1317)

Manakala di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan daripada ‘Ali bin Abi Talib RA yang mengatakan: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.

Berkenaan hadith di atas, al-Imam al-Son’ani Rahimahullah di dalam kitabnya Subul al-Salam ada memberikan komentar terhadapnya dengan mengatakan:  

Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binatang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama seperti hukum sembelihan haji di mana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya.”

[Lihat Subul al-Salam. Dar al-Hadith, 2/537]

Seterusnya, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah juga ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Minhaj iaitu syarah kepada hadith-hadith di dalam Sahih Muslim dengan mengatakan:

Tidak dibenarkan untuk memberikan sesuatu daripada bahagian korban kepada al-Jazzar (tukang sembelih) dan inilah mazhab kami dan dengannya juga adalah pendapat ‘Atho, al-Nakha’ie, Malik, Ahmad, Ishak dan dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Ibn Umar daripada Ahmad dan Ishak bahawa dibolehkan untuk menjual kulit sembelihan hadyu dan bersedekah dengan harganya”.

[Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 9/65]

Pendapat yang sama juga diulangi oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu Syarh al-Muhazzab.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas dengan melihat kepada dalil dan juga pendapat para ulama’ mengenainya, maka kami katakan di sini bahawa tidak dibolehkan untuk memberikan upah berupa bahagian korban kepada tukang sembelih.

Adapun penyelesaian yang boleh difikirkan untuk diberikan kepada penyembelih adalah berdasarkan perkataan ‘Ali bin Talib RA sepertimana di dalam riwayat Muslim iaitu upah diberikan kepada penyembelih menggunakan harta dari empunya korban/organisasi dan bukannya dari bahagian korban.

Pihak masjid juga boleh menetapkan harga korban termasuk kos pengurusan yang munasabah kepada mereka yang menyertai ibadah korban di sesuatu tempat dan kos pengurusan itu boleh diperuntukkan sebahagiannya kepada tukang sembelih kerana menggunakan kepakarannya dalam urusan tersebut. Begitu juga kos-kos yang perlu ditanggung oleh penyembelih seperti kos pengangkutan dan masa yang telah diperuntukkan.

Adapun daging, maka ianya tidak boleh dijadikan upah buat tukang sembelih. Tetapi, sekiranya tukang sembelih itu sendiri termasuk dari kalangan fakir miskin maka pemberian daging korban kepadanya dibolehkan atas dasar dirinya sebagai seorang fakir miskin di samping upah menyembelih yang diberikan bukan dari bahagian korban. Begitu juga diharuskan untuk orang yang berkorban sendiri itu memberikan daging korban kepada penyembelih dan pelapah sebagai hadiah kerana itu merupakan hak orang yang berkorban. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c11c.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Total
0
Shares

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c11d.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Hukum membahagikan harta warisan sebelum meninggal dunia

Soalan Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanyakan soalan? Apakah hukum seseorang itu membahagikan harta warisannya terlebih dahulu sedangkan…

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c120.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c121.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078
Read More

Adakah bayi yang dilahirkan pada pagi raya wajib dikeluarkan zakat ke atasnya?

Soalan Assalamualaikum Datuk Mufti, isteri saya tengah sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak pada awal bulan Syawal, soalan…

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c122.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c123.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078
Read More

Hukum tanam jambang

Soalan: Assalamualaikum. Sekarang ni saya nampak macam dah trend lelaki menanam jambang lebih lebih lagi mereka yang berkemampuan…

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c124.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f71ca-c125.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078