Hukuman lebih berat kepada individu hina, permainkan kesucian Islam

CYBERJAYA – Pengamal undang-undang beragama Islam digesa untuk berusaha mencadangkan bentuk hukuman lebih berat terhadap individu yang didapati menghina dan mempermainkan kesucian agama itu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat berkata, perkara tersebut antara 13 perkara dalam Resolusi Mukazarah Pejuang-Pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam.

“Selain itu, kami bertekad dan berazam untuk terus berjuang mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam daripada sebarang ancaman atau penindasan termasuk penghinaan yang melibatkan kepentingan agama selain umat Islam sejagat khususnya di negara ini.

“Setelah berbincang bagi memahami ancaman, penghinaan kepada kesucian kalimah ALLAH SWT serta lain-lain, kami menggesa suatu tindakan yang bersepadu mesti dilaksanakan oleh semua lapisan umat Islam di negara ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim.https://09bd9904df146844f2065c3e58b535da.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

Tambah Masridzi, pihaknya bersetuju sebahagian kekayaan golongan minoriti bukan Islam merupakan hasil pembelian dan sokongan umat Islam.

Ujar beliau, pihaknya akan mengubah hal tersebut dengan memboikot segala produk, rangkaian kedai yang dimiliki oleh golongan terbabik baik di luar mahupun dalam negara.

“Dalam pada itu, kami ingin menyeru kepada pemimpin beragama Islam agar bertindak tegas dan jangan sesekali berkumpul golongan anti Islam itu kerana ia bercanggah dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara untuk menjaga Islam setiap masa dalam titah baginda baru-baru ini.

“Bukan itu sahaja, orang ramai juga tidak seharusnya mengulangi kesilapan dengan memberi kekuatan ekonomi kepada gerakan golongan berkenaan menerusi pembelian di kedai-kedai rangkaian mereka kerana ia merupakan suatu pengkhianatan serta membawa mudarat yang besar kepada kepentingan Islam,” katanya.

Jelas Masridzi, pihaknya turut mengajak semua usahawan Islam agar mempertingkatkan usaha penyatuan serta perkhidmatan dengan memberi segala kemudahan khususnya kepada pengguna umat Islam agar dapat membeli barangan halal toiyyiban demi pengukuhan ekonomi.

Suasana majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Tegas beliau, pihak agamawan, alim ulama dan institusi agama diminta agar terus komited melaksanakan tanggungjawab amar maruf nahi mungkar dengan menyokong sebarang usaha untuk mengangkat produk barangan Islam sekali gus membela golongan asnaf yang menjadi tanggungjawab semua.

“Kami menyarankan agar Malakat Mall atau mana-mana syarikat yang berkemampuan mewujudkan secretariat gabungan Beli Barangan Muslim Dahulu (BMF), BMF Nusantara dan BMF Global dengan menjadikan NGO, agamawan dan rangkaian usahawan Islam sebagai rakan strategik bagi menjayakan gagasan ini.

“Kami minta kepada seluruh umat khususnya para alim ulamak agar sentiasa memohon bantuan Maha Esa melalui solat hajat dan doa agar hasrat mengembalikan kesucian serta kedaulatan Islam dikabulkan ALLAH,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts