Ibu Bapa Kecewa Buku Kanak-Kanak Mengandungi Unsur LGBT di Pesta Buku Selangor

BANGI, 15 Jamadilakhir – Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Selangor (ISBF) 2025 meluahkan rasa terkejut selepas menemui sebuah buku kanak-kanak bertajuk “An ABC of Equality” yang didakwa mengandungi elemen berkaitan konsep gender dan LGBT.

Menerusi hantaran di Facebook, Ainnur Ukhta Uwais berkongsi pengalamannya ketika mencari bahan bacaan sesuai untuk anak kecil di salah sebuah booth pameran. Menurutnya, buku tersebut kelihatan seperti buku pengenalan huruf biasa untuk kanak-kanak, tetapi kandungannya menimbulkan kebimbangan kerana memaparkan istilah seperti “T for Transgender” dan “Z for Ze”, termasuk penjelasan tentang penggunaan kata ganti diri seperti he/she/they/ze.

Ainnur menegaskan bahawa pendedahan seawal itu tidak sesuai untuk kanak-kanak dan bertentangan dengan ajaran Islam serta fitrah manusia. Beliau turut menggesa pihak berkuasa supaya memperketat tapisan terhadap bahan bacaan yang memasuki pasaran tempatan, terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak.

Tambahnya, suaminya membawa buku tersebut ke kaunter untuk disemak oleh staf bertugas, namun pekerja berkenaan tidak menyedari kandungannya dan menyangka ia hanyalah buku ABC biasa.

Hantaran itu menarik perhatian warganet yang turut melahirkan kebimbangan terhadap kemasukan bahan bacaan luar yang mengandungi elemen sensitif tanpa penilaian sewajarnya.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts