Israel larang umat Islam bersolat di Masjid Ibrahimi

Baitulmaqdis: Israel melarang umat Islam untuk menunaikan solat di Masjid Ibrahimi di bandar Hebron ketika orang Yahudi menyambut tahun baharu.

Bagaimanapun, kawasan suci orang Islam dibuka kepada penduduk Israel di situ.

Agensi berita Wafa melaporkan, tindakan itu dikecam pegawai Palestin yang menyifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan beriadah.

Pengarah Masjid Ibrahimi Sheikh Hafthi Abu Sneinah berkata, Israel menghalang Palestin memasuki kawasan suci itu dan kawasannya ketika penduduk haram itu bersiap untuk memperingati cuti Tahun Baharu Yahudi Rosh Hashanah.

“Ia jelas mengguris perasaan orang Arab dan Muslim, pelanggaran kebebasan beragama dan konvensyen hak asasi manusia antarabangsa,” ketua Jawatankuasa Eksekutif jabatan hak asasi manusia Organisasi Pembebasan Palestin, Ahmad Tamimi.

Kota Lama Hebron meliputi Masjid Ibrahimi.

Ia disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 2017.

Masjid itu menempatkan makam Nabi Ibrahim, Ishak dan Yaakub, serta isteri mereka, dan suci bagi umat Islam serta Yahudi.

Ia menjadi kawasan yang ‘tegang’ selama beberapa dekad, terutama selepas pendudukan Israel yang mengambil alih lebih banyak ruang solat untuk digunakan oleh pendatang Yahudi.

Secara keseluruhan, lebih daripada 200,000 penduduk Palestin tinggal di Hebron, berbanding dengan hanya beberapa ratus pendatang haram Yahudi yang tidak hanya lengkap bersenjata tetapi juga dilindungi sejumlah besar tentera Israel.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts