Daulah Madinah negara pertama miliki prinsip kedaulatan undang-undang

 

Apakah negara pertama dalam sejarah dunia yang miliki prinsip kedaulatan undang-undang, yang mana semua rakyat hatta pemimpin dan ketua negara pun wajib tunduk kepada undang-undang?

* * *

Jawapannya bukanlah Jepun, Korea, England, Kanada, jauh sekali Amerika dan Israel.

Tapi negara Madinah yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW sendiri, 1439 tahun yang lalu!

Ya, Madinah.

Ia adalah negara pertama yang adaptasi prinsip kedaulatan undang-undang. Atau arabnya dipanggil prinsip “Syar`iyyah”.
(Sumber: Al-Hurriyyat al-`Ammah fi al-Dawlah al-Islamiyyah)

Dalam negara Madinah, adanya pemisahan antara kehendak pemerintah dan kehendak undang-undang. Yang mana kehendak undang-undang mengatasi kehendak pemerintah (hatta Rasulullah dan keluarganya) mahupun rakyat.

Undang-undang/perlembagaan Madinah ketika itu adalah Piagam Madinah, yang mengiktiraf Syariat dan hukum-hakam Allah SWT sebagai rujukan tertinggi dalam apa jua perkara.

Semua rakyat meskipun non-Muslim ketika itu akur dan tunduk kepada piagam tersebut.

Dengan itu, kalimah Allah berada di kedudukan tertinggi, dan semua rakyat dapat hidup penuh harmoni di bawah sistem berpandukan Syarak yang adil lagi rahmah dalam segenap perkara.

Ini tiada siapa boleh nafikan.

Tidak seperti negara-negara yang diperintah oleh bukan Islam ketika itu (even sekarang pun), semuanya mengikut kehendak nafsu mereka. Undang-undang boleh digubal bila-bila masa sahaja selari dengan kehendak nafsu mereka, tanpa panduan wahyu.

* * *

Malangnya hari ini, ramai pula ‘Islamis’ dan Muslim demokrat yang beriya-ia mengangkat falsafah politik barat (liberal, demokrasi dll) seolah-olah 1300 tahun Islam memerintah dunia itu tiada falsafah, tiada sistem, tiada model negara yang adil.

Habis tu apa yang Umar Al-Khattab, Umar Abd Aziz, Malikshah, Nizam al-Muluk, Saifuddin Qutuz, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, dan puluhan lagi khalifah/sultan Islam itu buat?

Mereka perintah dunia selama 1300 tahun guna falsafah politik mana kalau bukan falsafah Islam itu sendiri?

Tipulah kalau Islam tidak ada falsafah dan sistem politik kenegaraan sendiri.

Berlambak-lambak kitab Siyasah yang telah dikarang ratusan atau lebih 1000 tahun lalu yang saya yakin kalian pun tak pernah habis baca lagi, seperti Al-Amwal oleh Abu `Ubaid, Al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh Al-Mawardi & Abu Ya`laa Al-Farra’ (dua kitab yang berlainan), Ghiyath al-Umam oleh Al-Juwayni, Siyar al-Muluk oleh Nizom al-Mulk, Ihya’ Ulum Al-Din oleh Al-Ghazali dan banyak lagi.

Semuanya berkisar tentang falsafah, kerangka dan sistem politik Islam yg telah terbukti berjaya memerintah dunia dengan adil dan rahmah selama 1300 tahun!

Sedarlah liberal demokrasi ala barat hari ini hanyalah sandiwara musuh untuk mensucikan 100 tahun kezaliman mereka terhadap umat Islam.

Untuk bersihkan rekod penindasan mereka terhadap Muslim di Bosnia, Chechnya, Turkmenistan, Iraq, Palestin dan lain-lain.

Cuba sebut satu negara barat mana hari ini yang benar-benar mengangkat demokrasi? Benar-benar pelihara hak asasi?

Bukalah mata. Sedarlah sedikit.

Ustaz Ahmad bin Khairuddin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts