Rejim Zionis larang kemasukan komoditi asas di Gaza

GAZA – Sejak berakhirnya serangan rejim Zionis pada Mei lalu, negara pengganas itu terus melarang kemasukan bahan binaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung.

Pakar Ekonomi di Dewan Perniagaan Gaza, Maher Al-Tabba berkata, Israel turut menyekat kemasukan ratusan komoditi asas lain sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pendudukan Israel meneruskan penutupan sempadan antara Israel dan Gaza dan hanya membenarkan kemasukan bahan tidak pentin

“Israel membenarkan kemasukan mesin basuh, peti sejuk dan peralatan untuk sistem tenaga solar.

“Selain itu, komoditi yang tidak memberi kesan sebenarnya kepada penduduk Gaza,” katanya seperti dilapor Middle East Monitor.

Namun lebih menyedihkan, hak pendidikan seolah-olah disekat apabila rejim terus melarang kemasukan komputer yang diperlukan bagi pelajar serta sektor lain. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts