Peneroka haram Israel ceroboh al-Aqsa sambut tahun baru Yahudi

BAITULMAQDIS – Ratusan sayap kanan peneroka haram menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa yang diduduki, diapit oleh polis dan pasukan keselamatan Israel bagi menyambut tahun baru Yahudi – Rosh Hashanah.

Media tempatan melaporkan hampir 156 peneroka memasuki Al-Aqsa melalui Pintu Maghribi – Moroccan Gate – di sebelah barat perkarangan, yang dikendalikan pihak berkuasa Israel sejak awal pendudukan Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat pada tahun 1967.

Agensi berita Palestin Wafa melaporkan, jemaah dan pengawal Palestin di Al-Aqsa mengatakan bahawa mereka tidak selesa dengan kehadiran polis negara pengganas dan peneroka yang mengunjungi tempat ketiga paling suci bagi umat Islam.

Bahkan pada masa sama, mereka melihat kunjungan itu sebagai ‘provokatif’.

Ketika Israel meraikan Rosh Hashanah daripada Isnin hingga Rabu, kumpulan sayap kanan Israel meminta serbuan di perkarangan Al-Aqsa dalam usaha meningkatkan kehadiran Yahudi di sana.

Dalam kejadian berlainan semalam, tentera Israel melepaskan gas pemedih mata serta bom tangan ke arah penduduk Palestin di Silwan, kawasan kejiranan di selatan Kota Lama Baitulmaqdis dan al-Aqsa yang menghadapi arahan perobohan dan pengusiran Israel, lapor Wafa. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts