iGuru syor Sejarah Palestin diperkenal di sekolah, IPTA

BANGI  – Kementerian Pendidikan (KPM) wajar memperkenalkan subjek Sejarah Palestin di setiap peringkat pendidikan.

Saranan disuarakan Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan bagi menghidupkan kisah perjuangan Palestin supaya difahami dan dihayati oleh generasi pelajar pada masa kini.

Beliau mengesyorkan Sejarah Palestin diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui pendekatan ko-akademik dan kokurikukum.

Ustaz Azizee juga menyaran supaya mewujudkan modul-modul mengenai sejarah kepahlawanan dan keperwiraan pejuang-pejuang Palestin.

Ini bagi menyemai semangat patriotik mempertahankan sejarah bangsa yang berdaulat melalui aktiviti ko-kurikulum badan beruniform, katanya.

“Memasukkan kisah sejarah umat Islam Palestin berdepan rejim apartheid Zionis Israel dalam subjek sivik dan kewarganegaraan atau Pendidikan Islam berkaitan hak asasi manusia menurut Islam dan Perlembagaan negara.

“Ia supaya untuk diambil pengajaran dalam kerangka membina keharmonian kaum di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, beliau Azizee mengesyorkan KPM mengadakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu Palestin.

Menurutnya, langkah itu wajar demi memberikan kesedaran kepada generasi pelajar sejak di peringkat sekolah lagi.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts