Imam ditikam penganggur nafi baca al-Quran kuat

 

BANGI – Imam yang cedera ditikam seorang penganggur pagi semalam, menafikan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara di dalam masjid seperti dilapor media tempatan.

Kesal dengan beberapa laporan media berhubung kejadian itu, Mohd Amin Md Nor, 37, berkata dakwaan kononnya suspek terganggu kerana beliau membaca al-Quran menggunakan pembesar suara adalah tidak benar.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 pagi itu, Mohd Amin berkata, beliau tidak langsung menggunakan pembesar suara, bahkan jarak rumah suspek dengan tempat kejadian dianggarkan 200 meter.

“Dakwaan kata saya guna pembesar suara memang tidak benar. Saya membaca al-Quran seperti biasa, malah rumah suspek juga 200 meter dari masjid Kampung Apal.

“Jika dia (suspek) maksudkan pembesar suara, mungkin ia bacaan al-Quran yang dipasang sebelum dan ketika solat Subuh,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mohd Amin yang menerima tujuh jahitan di dada kiri berkata, suspek dikatakan mempunyai masalah mental, dan dia juga bukanlah penduduk asal di kampung berkenaan.

“Dia hanya menumpang di rumah abangnya yang menyewa di kampung ini. Dia juga kira baru lagi di kampung ini.

“Saya difahamkan, suspek memang ada masalah kesihatan, dan mempunyai beberapa rekod jenayah sebelum ini,” katanya.

Serentak itu, beliau berharap supaya semua pihak tidak salah faham bahawa kejadian semalam adalah berpunca disebabkan membaca al-Quran menggunakan alat pembesar suara.

Terdahulu, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek berusia 23 tahun itu mengaku menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

Lelaki itu kini ditahan untuk mendapatkan perintah reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan mangsa menggunakan senjata tajam. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Mintak media yg buat berita palsu tu Mohon maaf secara umum Dan betulkan balik berita tu.. Ada udang disebalik Batu punya journalist ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts