Imam of Peace lempar fitnah jahat pada Raja Permaisuri Agong

 

BANGI, 8 Syaaban 1441H, Khamis – Tuduhan jahat dilemparkan ‘Imam of Peace’ ke atas Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merosakkan imej Malaysia di mata dunia.

Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS) dan juga penasihat Indahnya Islam, Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, tuduhan berat berdasarkan maklumat yang salah merosakkan imej negara di samping melaungkan hak perlakuan yang terlaknat dalam Islam.

“Ciapan Twitter oleh Imam of Peace ini adalah fitnah yang jahat. Dia menuduh Raja Permaisuri Agong sebagai wanita paling hipokrit di Asia.

“Menggunakan gambar sebatan yang berlaku di Indonesia, dia telah menuduh secara salah. Apa yang lebih menyedihkan, Imam ini turut memperjuangkan hak hubungan sejenis.

“Lebih parah lagi dia menuduh ada rakyat Malaysia yang terbunuh melalui hukuman Syariah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lantaran itu Dr Ahmad Sanusi yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia mengajak pengguna Twitter melaporkan kesilapan dibuat Imam of Peace.

“Kesalahan dalam memperjuangkan hak yang bertentangan dengan syarak, memfitnah Permaisuri Agong serta memburukkan imej negara bukanlah satu perkara yang kecil,” katanya.

Terdahulu, Imam of Peace menerusi akaun Twitter mendakwa, Raja Permaisuri Agong Malaysia merupakan wanita paling hipokrit di Asia.

“…masak untuk pekerja barisan ketika wabak #Coronavirus. Baginda akan memegang sudu untuk kamera tetapi tidak akan menyatakan satu perkataan pun mengenai wanita dan gay Malaysia yang disebat, dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah,” dakwanya.

Pada kenyataan itu juga turut dimuat naik dua keping foto yang mana masing-masing imej pelaksanaan sebatan di Indonesia serta Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts