Imej satelit dedah kampung Rohingya musnah

 

YANGON – Berdasarkan imej satelit yang disiarkan hari ini, mendedahkan perbuatan kerajaan Myanmar meratakan puluhan kampung etnik minoriti Islam Rohingya di negeri Rakhine.

Imej baru satelit disiarkan Human Rights Watch (HRW) itu, menunjukkan perbezaan dua keadaan perkampungan Rohingya pada Disember tahun lalu dengan 13 Februari lepas, yang telah dimusnahkan dan diratakan kerajaan negara itu.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan agensinya mendesak kerajaan Myanmar segera menghentikan pemusnahan perkampungan Rohingya, yang disifatkan sebagai perbuatan kejam.

“Kebanyakan perkampungan itu mempunyai bukti kekejaman ke atas Rohingya dan ia harus dipelihara supaya anggota yang dilantik PBB dapat mendokumentasikan penyalahgunaan menerusi bukti-bukti berkenaan.

“Bagaimanapun, tindakan meratakan perkampungan terbabit mengancam kepada pemusnahan bukti penindasan serta penganiayaan ke atas Rohingya,” kata Pengarah Asia, Brad Adams.

Human Rights Watch meninjau siri masa pada imej satelit yang dirakam antara 11 November 2017 dan 19 Februari 2018, menunjukkan dua buah kampung di Myin Hlut.

Dua kampung berkenaan tidak dibakar dalam serangan pada akhir tahun 2017, dan masih utuh sebelum ia diratakan kerajaan Myanmar pada pertengahan bulan ini.

Malah, sehingga ke hari ini, imej satelit yang ditinjau HRW masih menunjukkan aktiviti perobohan dan meratakan kawasan sedang berjalan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts