Ini jawapan Sultan Abdulhamid II kepada Theodor Herzl yang cuba membeli tanah Palestin

abdulhamid-herzl

 

14611143_1289423994421706_4722275446271587965_n

 

Dokumen ini telah dikeluarkan beberapa hari lepas daripada arkib negara Turki. Ia merupakan kertas cadangan yang ditulis oleh Theodor Herzl (pengasas fahaman Zionis) yang menyatakan bahawa kaum Yahudi akan membantu kerajaan Khalifah Uthmaniah dengan segala bantuan kewangan dan sanggup membayar segala hutang negara tersebut jika Palestin diberikan kepada mereka.

Sultan Abdulhamid II menjawab:

“Nasihatkan Dr Herzl agar melupakan sahaja hasratnya itu. Beta tidak akan sama sekali membenarkan sebarang campur tangan kuasa asing ke atas tanah yang suci ini kerana beta tiada hak ke atas tanah ini, dan tanah ini adalah hak milik anak bangsa Turki yang telah menggembleng kudrat dan keringat.

Askar-askar beta telah berperang di Syria dan Palestin. Mereka telah menemui syahid di Plevna, dan kami rela untuk syahid di medan perang daripada menyerah kalah. Walaupun Zionis mempunyai wang berjuta-juta, simpan sahajalah wang berjuta itu. Jika suatu hari nanti Devleti Aliye (tanah yang terbilang) ini musnah, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa sebarang bayaran.

Tetapi selagi beta masih bernyawa, beta lebih rela untuk menghunuskan pedang ke tubuh badan beta daripada melihat bumi Palestin digadaikan dari khilafah ini. Perkara seperti ini tidak akan berlaku sama sekali. Kami tidak akan menggadaikannya selagi kami masih hidup.”

30 April 1899

BOA, Y.MTV, 285/162
[TR] Sultan Abdülhamid Han’ın Kabul Etmediği Teklif.
Musevilere Filistin’de toprak verilmesi şartıyla Osmanlı Devleti’ne mali konularda yardımcı olacaklarına dair Theodor Herzl’in teklifi.

Sumber: https://www.facebook.com/OttomanSultanate/posts/1289423994421706

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts