Islam merupakan anugerah terindah buat wanita Jepun ini

14572223_1051875041595836_6628485472823003407_n

 

Bagi Zainab, penghijarahannya memeluk agama Islam merupakan suatu anugerah yang terindah daripada Tuhan Yang Maha Esa yang memilihnya menjadi salah seorang daripada permata umat terpilih. Dek kerana kecintaannya kepada ilmu pengetahuan dan kajian, akhirnya beliau menemui cahaya Islam dalam perjalanan hidupnya.

Bermula dengan membaca dan membelek-belek helaian Al-Quran, sikap dan perasaan ingin tahu beliau mendorong beliau untuk terus membaca dan meneliti kandungan Al-Quran yang telah diterjemah dalam bahasa Jepun.

“ أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ ”

“ Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.”
(Surah Fatir: 27)

Petikan ayat daripada surah Fatir ini betul-betul telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati Zainab. Beliau begitu yakin, ayat ini, bukan ayat biasa-biasa. Bukan karangan manusia. Bukan rekaan ahli sasterawan. Ini benar-benar kata Tuhan. Tuhan sekalian alam. Tuhan yang menciptakan langit dan bumi.

Pada ketika beliau telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki kira-kira berumur 20 tahun, Zainab melafazkan penyaksian shahadahnya sendirian. Detik yang paling sayu bagi Zainab kerana perlu berpisah dengan suaminya yang tercinta. Namun kecintaannya terhadap Allah melebihi cintanya pada manusia. Beliau meninggalkan segala kenikmatan hidup, dan kembali mengabdikan diri pada Tuhan yang Esa.

Norma hidup masyarakat Jepun tidak boleh lari daripada arak dan khinzir. Dua perkara ini telahpun menjadi darah daging dalam bangsa ini. Sambutan awal tahun, bermandikan arak, sambutan hari lahir, bermandikan arak, sambutan akhir tahun, bermandikan arak. Pendek kata, setiap sambutan tidak sah tanpa arak.

Kalau isu babi pula, dari sekecil-kecil gula-gula hingga sebesar-besar masakan dan makanan tidak sah tanpa apa-apa yang berunsurkan babi. Namun, bagi Zainab sejurus memahami syariat-syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran yang mulia, norma hidup ini tidak lagi diambilnya sebagai cara hidup bahkan beliau membuat pemisahan secara total daripada norma ini.

Kecintaannya terhadap Al-Quran mendorong beliau menghafaz Al-Quran berserta terjemahan. Beliau juga rajin menelaah dan menghafaz hadis-hadis Nabi yang telah dikumpulkan dalam Hadis 40 Imam An-Nawawi. Dua sumber ini menjadi penguat beliau untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim di bumi sakura ini. Beliau juga aktif dalam melakukan amal dakwah bersama-sama komuniti Islam yang ada di Jepun.

Kredit: ISMA Jepun

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts