Isra Mikraj: Kisah tentang istiqamah

  1. Al-Imam Ahmad meriwayatkan satu insiden yang menarik berlaku pada malam Isra Mikraj. Rasulullahﷺ dikatakan terhidu bauan yang sangat wangi ketika dalam perjalanan ke langit itu. Baginda ﷺ lalu bertanya kepada Jibril:

يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ فَقَالَ هَذِهِ رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلاَدِهَا

“Wahai Jibril, apakah bau yang sangat wangi ini? Jibril menjawab, ia adalah bau tukang sikat (Mashitah) anak perempuan kepada Firaun dan anak-anaknya (mashitah).” (HR Ahmad)

  1. Menurut riwayat, Mashitah dikatakan menyebut lafaz “Bismillah” ketika sikatnya terjatuh sehingga menyebabkan anak Firaun mengadu kepada Firaun tentang perkara itu. Firaun berang apabila mendapati ada Tuhan selain dirinya lalu diarahkan supaya disediakan tempat bakar untuk dipanggang, dididih anak-anak Mashitah (si tukang sikat tadi).
  2. Sebagai ibubapa, sanggupkah kita melihat anak-anak kita dibakar atau dicampak dalam minyak yang mendidih hidup-hidup? Mampukah kita melihat anak-anak kita menggeletek mati kepanasan? Itulah yang berlaku kepada Mashitah.
  3. Beliau dikatakan istiqamah dan tsabat sehinggalah apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu, yang dikendongnya. Saat itu beliau menangis. Allah lalu mengurniakan karamah yg tidak pernah beliau terfikir. Bayi itu sendiri dikurniakan kelebihan bercakap, lalu menenangkan ibunya.
  4. Begitu juga peristiwa Isra menguji muslim akan iman dan istiqamahnya dalam jalan aqidah yang dianutnya.
  5. Melalui peristiwa Isra Mikraj ini jugalah Abu Bakar dikurniakan gelaran al-Siddiq, satu pangkat pengiktirafan kepada keteguhan dan Istiqamah Abu Bakar dalam perjuangan Islam. Ayuh Istiqamah dan tsabat!

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts