Israel ambil organ rakyat Palestin, kata ahli akademik Jerman

ap_ap-photo-1569-e1456501451240-640x480

 

BERLIN – Satu seminar akademik di sebuah universiti Jerman mendakwa tentera Israel mengambil organ dan bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

“Organ anak-anak kami telah dirompak” adalah tajuk sebahagian daripada bahan kursus seminar itu.

Bagaimanapun, Rebecca Seidler, ahli akademik yang dipilih untuk menjalankan seminar itu berkata, pentadbiran universiti itu menolak dakwaannya bahawa bahan kursus itu bersifat anti-Israel, lapor Jerusalem Post.

Akhbar itu melaporkan bahawa Universiti Sains Gunaan dan Sastera (HAWK) menawarkan kursus mengenai “Situasi sosial Belia di Palestin,” yang mengandungi bahan yang didakwanya bersifat anti-Semitik.

Selepas mengkaji kandungan kursus itu, Seidler, yang dijadualkan untuk menjalankan seminar itu mengadu kepada pihak pengurusan universiti.

“Silibus itu menunjukkan gambar pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin, satu pembersihan etnik, serta pencabutan hak lengkap Palestin oleh rejim Israel,” katanya.

Ia juga memaparkan mangsa penyeksaan di penjara Israel dan mengandungi sebuah esei anti-Israel.

Bagaimanapun, Dekan Fakulti Kerja Sosial dan Kesihatan, Christa Paulini, menolak dakwaan Seidler itu dan mengatakan bahawa dia bersikap terlalu sensitif.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/israel-ambil-organ-rakyat-palestin-kata-ahli-akademik-jerman/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts