Israel lulus undang-undang ‘aparteid’ pinggir minoriti Arab

 

BAITULMAQDIS: Israel semalam meluluskan undang-undang yang mengisytiharkan hanya golongan Yahudi memiliki hak menentukan nasib sendiri di tanah air, sesuatu digelar anggota minoriti Arab bersifat perkauman dan menyamai aparteid.

Undang-undang negara itu, disokong kerajaan sayap kanan, diluluskan dengan undian 62-55 dengan dua berkecuali dalam Parlimen 120 anggota selepas berbulan pertengkaran politik.

Sesetengah pembuat dasar Arab menjerit dan mengoyakkan kertas selepas undian.

“Ini adalah saat penentuan dalam catatan Zionisme dan sejarah negara Israel,” kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kepada Knesset selepas undian.

Sebahagian besarnya bersifat simbolik, undang-undang itu digubal selepas ulang tahun ke-70 penubuhan Israel.

Ia menyatakan, ‘Israel adalah tanah air bersejarah penduduk Yahudi dan mereka memiliki hak ekslusif penentuan nasib negara di dalamnya.’

Rang undang-undang itu juga menggugurkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi bersama Hebrew, menurunkannya kepada satu ‘status khas’ yang membolehkan penggunaannya diteruskan dalam institusi Israel.

Jumlah penduduk Arab ialah 1.8 juta orang atau kira-kira 20 peratus daripada sejumlah sembilan juta penduduk Israel.

Draf awal perundangan itu dianggap pengkritik tanah air dan luar negara sebagai diskriminasi terhadap golongan Arab Israel, yang sekian lama berkata mereka dilayan sebagai rakyat kelas kedua.

Walaupun versi perkataan samar-samar diluluskan selepas itu yang menyatakan; ‘Negara berpendapat, pembangunan penempatan Yahudi sebagai satu nilai kebangsaan dan akan bertindak serta mempromosi penubuhannya’, pengkritik berkata undang-undang baharu itu akan mendalamkan lagi perasaan peminggiran dalam kalangan minoriti Arab.

“Saya mengumumkan dengan perasaan terkejut dan sedih, kematian demokrasi,” kata Ahmed Tibi, pembuat dasar Arab kepada media. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts