Israel lulus undang-undang penjara kanak-kanak

bcc402d396834aa6b393ff23f305e0c5_18

 

TEL AVIV, Khamis – Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang baharu yang membenarkan kanak-kanak seawal usia 12 tahun dipenjara.

Undang-undang baru yang telah diluluskan ketika bacaan kedua dan ketiga dalam jawatankuasa Knesset pada hari Selasa, membolehkan pihak berkuasa untuk memenjarakan individu di bawah umur 14 tahun bagi jenayah seperti pembunuhan, cubaan membunuh dan membunuh tanpa niat.

Ia telah ditentang oleh 16 ahli politik dengan sokongan daripada 32 Ahli Parlimen Knesset dan satu berkecuali.

Mahkamah akan membenarkan untuk menangguhkan pemindahan penjara dan memendekkan atau membatalkan hukuman penjara sebagai sebahagian daripada undang-undang.

Undang-undang itu dicadangkan oleh ahli parti Likud, Anat Berko yang berkata undang-undang itu diwujudkan atas dasar keperluan.

“Kami telah mengalami insiden keganasan untuk beberapa ketika. Masyarakat hanya dibenarkan untuk melindungi dirinya. Kepada mereka yang dibunuh dengan pisau kami tidak kira jika kanak-kanak itu 12 atau 15.

“Mungkin undang-undang ini juga akan melakukan sesuatu untuk melindungi kanak-kanak daripada digunakan untuk menyembelih rakyat,” katanya.

Keganasan di wilayah diduduki dan Israel sejak Oktober tahun lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 219 penduduk Palestin dan 34 Israel.

Kebanyakan penduduk Palestin yang ditembak mati oleh askar Zionis didakwa membawa pisau, senjata atau melakukan serangan dengan merempuh kenderaan.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/israel-lulus-undang-undang-penjara-kanak-kanak/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts