Israel mahu bina 2,000 rumah haram Yahudi di Tebing Barat

 

TEL AVIV – Rejim pengganas Israel merancang memperluaskan lagi penempatan haram Yahudi dengan membina 2,000 rumah di Tebing Barat yang diduduki.

Tindakan melampau rejim berkenaan sebagai usaha untuk terus merampas tanah Palestin dan memperluaskan penjajahannya, sekali gus menghiraukan bantahan masyarakat antarabangsa.

Media Israel melaporkan, Hakim Mahkamah Daerah, Carmi Mossek meluluskan undang-undang ‘mengarut’ yang digubal Israel, bagi memudahkan pembinaan rumah Yahudi di tanah Palestin.

Mahkamah turut membenarkan pembinaan 2,000 unit rumah di utara Tebing Barat, termasuk di kawasan Alei Zahav.

Sehingga kini, kira-kira 600,000 penduduk Israel ‘menumpang’ di lebih 230 penempatan haram yang dibina sejak 1967 di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

 

 

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk tindakan pendudukan Israel itu menerusi beberapa resolusi sebelum ini.

Sebulan sebelum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengambil alih jawatan, Majlis Keselamatan PBB pada Disember 2016 mengguna pakai Resolusi 2334, bagi menggesa Israel segera menghentikan pembinaan rumah haram Yahudi di wilayah Palestin.

Palestin mengimpikan Tebing Barat sebagai sebahagian daripada wilayah ‘masa depan’ Palestin dan Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya.

Fasa terakhir rundingan Israel-Palestin musnah pada 2014, berikutan sifat tamak Zionis yang berterusan memperluaskan rumah haram Yahudi di wilayah itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts