Israel robohkan 168 rumah rakyat Palestin sepanjang pertengahan 2016

4168562197

 

TEBING BARAT – Pihak berkuasa Israel telah memusnahkan 168 buah kediaman rakyat Palestin di Tebing Barat sepanjang tempoh pertengahan tahun 2016, kata Kumpulan Hak Asasi Israel, B’Tselem.

Tindakan kejam itu telah menyebabkan 740 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, 384 daripadanya adalah kanak-kanak.

Kumpulan itu berkata, statistik perobohan yang dilakukan oleh Israel adalah yang tertinggi dalam lebih satu dekad.

Tahun lalu, Israel telah memusnahkan 125 rumah rakyat Palestin, sehingga menyebabkan 496 penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Sejak 2006 hingga 2016, Israel telah merobohkan 1, 113 buah kediaman di Tebing Barat yang diduduki, sehingga menjejaskan 5,199 rakyat di negara itu.

Malah kumpulan itu berkata, perobohan yang berlaku sepanjang tahun meninggalkan kesan psikologi kepada rakyat Palestin yang sebahagian besarnya takut kehilangan tempat tinggal.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/israel-robohkan-168-rumah-rakyat-palestin-sepanjang-pertengahan-2016/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts