Israel serang lagi Masjid Al-Aqsa

AQSA

 

BAITULMAQDIS, Rabu – Tentera Israel sekali lagi menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa semalam dan bertempur dengan penduduk Palestin yang tidak berpuas hati dengan rejim Zionis yang mencabul perjanjian berhubung akses ke kawasan masjid sepanjang Ramadan.

Portal Press TV melaporkan, serbuan tentera Israel berlaku ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di masjid ketiga paling suci oleh umat Islam itu.

Dilaporkan kejadian terjadi apabila tentera Israel menyerang penduduk Palestin dan melepaskan tembakan peluru getah serta bom tangan pegun ke arah kumpulan penduduk Palestin.

Ia berlaku sehari selepas Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani memaklumkan sekurang-kurangnya 35 orang penduduk Palestin cedera apabila hampir 250 tentera Israel mengiringi sekumpulan pendatang haram Yahudi menyerbu masjid itu sebelum bertempur dengan penduduk Palestin.

Sheikh Omar berkata, tentera Israel memukul penduduk Palestin yang sedang beribadat dengan kayu baton, menutup pintu Gereja al-Qibli dan melepaskan tembakan peluru getah serta gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang membantah tindakan penduduk Yahudi mencemar kesucian masjid tersebut.

Berpuluh-puluh anggota pasukan keselamatan Israel dilapor mengepung perkarangan masjid dan memantau pergerakan masuk dan keluar penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis Timur.

Penduduk Palestin hakikatnya marah dengan peningkatan keganasan oleh pendatang haram Yahudi di perkarangan Masjid al-Aqsa dan mendakwa Tel Aviv cuba mengubah status quo tanah suci berkenaan.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/israel-serang-lagi-masjid-al-aqsa/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts