Isu murtad Sarawak belum berkesudahan

 

BANGI – Walaupun Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching, Sarawak menolak permohonan berkaitan kes perisytiharan keluar Islam empat individu di negeri itu, ianya bukan suatu situasi yang sudah berakhir.

Ini kerana keputusan Mahkamah Persekutuan hanya mengikat mahkamah yang lebih rendah daripadanya, tetapi tidak mengikat keputusan sidang Mahkamah Persekutuan yang lain.

Peguam Syarie, Dr Suzana Muhamad Said berkata, masyarakat perlu tahu bahawa keputusan di Mahkamah Persekutuan tidak mampu mengikat sidang Mahkamah Persekutuan pada masa akan datang.

“Seperkara yang perlu diketahui ialah dari segi undang-undang (Common Law), di mahkamah sivil, keputusan di mahkamah yang lebih tinggi mengikat mahkamah di bawah hierarkinya yang dipanggil doktrin ‘stare decisis’.

“Ini bererti, keputusan Mahkamah Persekutuan mengikat kes yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan di mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret).

“Namun, keputusan Mahkamah Persekutuan setara antaranya. Ini bererti keputusan Mahkamah Persekutuan tidak mengikat Mahkamah Persekutuan yang lain pada masa akan datang, sekiranya ada permohonan seumpama ini.

“Inilah yang dimaksudkan sebagai isu yang tidak berkesudahan. Oleh itu, isu permohonan untuk keluar Islam masih tidak muktamad dan tiada jaminan bahawa ia tidak akan dibawa lagi untuk diputuskan di Mahkamah Persekutuan, pada masa akan datang,” katanya dalam artikel yang disiarkan di BH Online..

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya perbincangan mendalam berkaitan perkara dan isu ini perlu diperhalusi.

“Undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk mengawal tingkah laku dan akidah umat Islam, tetapi aspek lain seperti pendidikan dan kesedaran perlu diberikan lebih penekanan,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching memutuskan bahawa permohonan untuk keluar daripada Islam adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Sarawak dan perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata, mahkamah sebulat suara mencapai keputusan menolak rayuan empat individu di Sarawak bagi meminta mahkamah sivil mendengar kes murtad mereka dan memutuskan ia tiada merit terhadapnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts