Isu tudung dan sempadan Rahmah Lil Alamin

 

1. Sekalipun Islam meletakkan nilai serta semangat toleransi yang tinggi, Rasulullah dilihat meletakkan sempadan yang jelas apabila sesuatu perkara itu melibatkan perkara aqidah, syariat serta kehormatan Islam.

2. Menurut al-Qardawi, Muslim perlu menghormati nonMuslim dan non Muslim (ahl zimmah) perlu menjaga perasaan (sensitiviti) umat Islam. Al-Qardawi menjelaskan bahawa dengan itu tidak boleh bagi non Muslim untuk mencerca Islam, Rasulullah dan al-Quran secara zahir. Bahkan, bagi menjaga perlaksanaan Muslim terhadap syariat Islam, beliau turut menegaskan bahawa makan secara terbuka di dalam bulan Ramadan juga seharusnya dikawal bagi menjaga sensitiviti umat Islam. (al-Qardawi, 1992)

3. Dalam menghuraikan tanggungjawab non Muslim yang tinggal di dalam komuniti Islam, Al-Qardawi berhujah dengan satu insiden yang berlaku di antara seorang sahabat Nabi yang bernama ‘Arafah ibn al-Harith dengan seorang lelaki yang beragama Kristian. ‘Arafah telah mengajak lelaki tersebut untuk memeluk Islam, namun lelaki tersebut menolak dan mencerca Rasulullah. Perkara ini diadukan kepada Amru ibn al-As, lalu Amru menjawab bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka adalah zimmi dan kita telah memberi perlindungan buat mereka. ‘Arafah membantah dan berkata: Kita memberi perlindungan kepada mereka selagi mana mereka redha dengan hukum-hukum Islam dan menghormati Islam. Sekiranya mereka melanggari perjajian ini maka hak perlindungan mereka telah terlucut. Amru lalu berkata: Benar apa yang engkau kata. (Insiden ini direkodkan oleh al-Bayhaqi di dalam Sunan al-Kubara, 2009)

4. Isu seperti ini dikategorikan oleh Dr. Khairul Azhar Meerangani dalam perkara ‘Tanggungjawab Keamanan’ yang perlu dipelihara bersama oleh non-Muslim. Beliau menjelaskan bahawa: “warga non Muslim dilarang sama sekali daripada melakukan perkara yang boleh mengguris perasaan umat Islam seperti hasutan, provokasi keagamaan, pencabaran hak serta (penafian) penzahiran syiar agama mereka dalam kalangan umat Islam.” (Meerangani, 2016)

5.Pemakaian tudung adalah sebahagian daripada hukum (syariat) Islam serta syiarnya yang mulia. Ianya adalah perkara yang perlu difahami serta dijaga oleh masyarakat berbilang bangsa dalam membina hubungan yang harmoni.

– Petikan Kertas Kerja Simposium Siasah Syariah

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts